Cara baru Sushi King Bonanza 2019 !!!
Sushi King bonanza bukan sesuatu perkara yang baru untuk peminat tegar Sushi King dang pengemar sushi! Saya pasti peminat Sushi King sebelum ini mempunyai member card atau kad ahli Sushi King.Kelebihan member card Sushi King ini bukan sahaja menandakan
bahawa anda seorang ahli,bahkan anda juga boleh mengumpul point-point hasil perbelanjaan yang anda belanja di outlet Sushi King di mana mana sahaja.Apa yang penting member card Sushi King ni adalah anda boleh menikmati Sushi King Bonanza,di mana anda boleh menikmati pelbagai jenis sushi yang disediakan oleh Sushi King dengan harga yang jauh lebih murah! iaitu dengan 1 plate sushi yang sampai mencecah Rm 7 dengan hanya rm 3.18 semasa bonanza! Dengan syarat,kad ahli anda mestilah masih valid dan tidak expired.
Sekarang,dengan cara baru yang diperkenalkan oleh Sushi King,lebih mudah dengan aplikasi Sushi King!.Anda hanya perlu download aplikasi Sushi King di dalam telefon anda.Dengan applikasi ini,anda boleh mengumpul smile point selepas berbelanja di Sushi King.Fungsi aplikasi Sushi King ini ibarat member card dalam telefon anda.Mudah senang dan cepat,hanya buka sahaja apps Sushi King bila hendak membuat pembayaran di kaunter Sushi King dan tunjukkan bar code untuk mereka scan keahlian anda! Senang kan? Tidak ada lagi masalah lupa untuk membawa kad dan memperbaharui kad setiap tahun.
Mungkin ada di antara kamu semua menghadapi masalah untuk menggunakan cara baru dari Sushi King ni.Jadi,saya akan kongsikan sedikit cara hendak menggunakan apps daripada Sushi King ini.
Mula-mula anda taip “Sushi King My” di google play untuk pengguna android dan di App store untuk pengguna iphone.
Pastikan anda download applikasi yang betul.Selesai download,masukkan semua yang diperlukan seperi nama,nombor kad pengenalan dan sebagainya.Bila anda selesai isi,akan ada sms masuk untuk beri verification pin untuk aktifkan akaun anda.Bila akaun dah siap,anda boleh lihat ada bar code yang disediakan.
Inilah bar code yang akan anda dapat selesai mendaftar sebagai ahli Sushi King.Hanya dibenarkan mendaftar satu kali sahaja untuk seorang.Bila anda hendak membayar di Kaunter sushi king,sila tunjukkan barcode ini kepada cashier,sebagai tanda anda adalah seorang daripada ahli Sushi King dan nikmatilah tawaran harga sushi yang murah semasa Bonanza Sushi King.
Selain daripada Bonanza Sushi King,anda juga mendapat faedah bila membayar mengunakan aplikasi Sushi King ini,iaitu point hasil perbelanjaan anda di sana.Point ini digelar sebagai Smile Point.Smile point ini menggantikan "complimentary voucher" yang anda dapat sebelum ini semasa menggunakan member card.Setiap RM 1 yang anda belanjakan di sini,anda akan dapat 1 smile point.Semakin banyak smile point yang anda dapat,semakin banyak duit terkumpul.Bila banyak smile point terkumpul,boleh la tebus untuk next visit.Setakat ini smile point saya masih kosong kerana sebelum ini belum berkesempatan nak register dan download apps ini.Register bila tahu bonanza datang lagi hehe.
Sehingga lebih dari 45 jenis sushi yang anda boleh dapati hanya dengan rm 3.18 satu plate.Murah kan? Kerana waktu Sushi King Bonanza ini sahaja harga special dan murah seperti ini menjelma.Hari-hari lain selain daripada Sushi King Bonanza,setiap plate ada harga tersendiri mengikut kod warna di piring sushi tu.
Ini adalah harga sebenar kalau hari selain daripada hari sushi king bonanza.Murah kan? sehingga yang mahal mahal tu turun harga ke RM3.18 1 plate! wow sangat.Sebab itulah ramai yang merebut peluang untuk ke Sushi King bonanza tanpa menghiraukan sepanjang mana barisan di luar kedai Sushi King tersebut.Oh ya! Sushi King Bonanza ada 2 Phase.
Phase 1: (4-7 March 2019) Sushi King Bonanza dilancarkan di negeri negeri seperti berikut:
Penang
Perlis
Perak
Johor
Negeri Sembilan
Kelantan
Sarawak (saya di sini)
Phase 2: (18 March - 21 March 2019) pula, negeri negeri seperti berikut:
Selangor
Kuala Lumpur
Putrajaya
Melaka
Kedah
Pahang
Terengganu
Sabah.
First round! untuk yang ice cream dengan mochi tu,harga berbeza kerana tidak termasuk dalam senarai makanan yang di listkan sebagai Bonanza.Jadi,ambiklah yang disenaraikan ye.Jemput makan! itadakimasu!
Siapa peminat salmon sini kita geng okay.Memang kualiti terbaik! Tips dari saya bila makan sushi jenis salmon ni,gandingkan dengan air seperti sprite,nescaya rasa ikan ikan tu hilang.Tak semua dapat go on dengan salmon ni tapi tu la,saja sis bagi tips sbab sis dulu pun tak boleh go dengan salmon.Kerana ASMR video di youtube,saya juga turut meminati hehehe.
Saya harap dengan apa yang saya kongsikan ini dapat serba sedikit membantu anda semua yang masih memikirkan bagaimana hendak menggunakan cara baru yang diperkenalkan oleh Sushi King ini.Saya faham,dengan cara baru ini,walaupun small matter kata omputeh, tetap ada sesetengah orang masih ada masalah nak gunakan cara baru ini termasuklah saya, yang dulunya keep on wondering cara nak gunakan kaedah ini hehe! Okay ini sahaja daripada saya! selamat berbonanza! jumpa lagi next entry.
Post anda sgt membantu.. Tq.. =)
ReplyDeleteTerima kasih krn sudi membaca, sama2 :)
DeleteTq sis
ReplyDeletewc sis
DeleteWow baru tahu kegunaan dia. Banyak kali saya pergi dengan husband. Kami dua memang kaki sushi king ni. Sekali je pernah pergi Time hari bonanza dia. Sebelum tahu ada app dia ni. Cepat2 download benda ni. Tapi tak tahu apa fungsi dia. Sehinggalah terbaca post awak. Baru faham haha. Terima Kasih ye. Saya taip ni pun baru lepas makan sushi king ni haahaa.
ReplyDeletehehe,boleh kumpul point guna app ni,kalau point banyak,kdg2 boleh dpt free ice cream.Sama2 ye awak.
Delete