Saturday 22 July 2017

Ambuyat / Linut Sedapp!

Ambuyat/Linut Sedapp!

Hai semua! Selamat Hari Sarawak! 22 Julai 2017 Kamek Sayang Sarawak!!.
So hari ni nak cerita sedikit tentang makanan yang famous di Sarawak.Pernah dengar tak makanan bernama Ambuyat atau lebih dikenali sebagai Linut? Orang Brunei,Sarawak dan Sabah tipulah tak kenal makanan ni.Makanan ni popular kat Negara Brunei,Sarawak dan Sabah.Ambuyat atau linut diperbuat daripada tepung sagu..


Biasanya,ambuyat atau linut dimakan bersama sambal belacan.Ada sesetengah orang preferred untuk dimakan bersama tempoyak dan sebagainya.Saya pulak lebih suka ambuyat atau linut digandingkan dengan sambal asam! Memang sedap uolls!



Tadaa! Inilah cara saya makan ambuyat/linut.Bagi saya ianya lebih sedap dimakan bersama sambal asam ni sebab rasa masam dan pedas bergabung uish sedapnya! Cara untuk membuatnya pun senang je tau! Tak susah pon.Air panas + tepung sagu je gaisss..kacang bukan? Tapi dalam kacang-kacang tu masa tuang air panas ke tepung sagu tu kena kacau dengan betul kalau tak….akibatnya tepung sagu tu ada yang beketul.



Inilah sambal asam.nak buat senang je..semudah ABC tau! Bahan-bahan,belacan,ikan bilis,asam,garam,cili dan gula.”Nang ngesitt” kata orang Sarawak.



Nampak tak kat ambuyat/linut tu mcm ada ketulan biji putih..tu tepung sagu yang tak dikacau dengan betul..Huhu maafkan saya ye..baru reti nak buat..before this,Mak saya yang selalu tolong buatkan uhuks!


Bagi uolls yang belum pernah merasa linut atau ambuyat ni..tunggu apa lagi? Cubalah ye...Nang nyaman.... Kbai


4 comments:

  1. Saya tak pernah makan ni.... jarang jumpa bila office ada order katering.. hihi...

    ReplyDelete
  2. Sedapnya tengok.. Haritu baca blog adieb blogger Sabah, duk teringin dari jauh je. thank you share resepi ni, nanti mai try.

    ReplyDelete
    Replies
    1. ye sis memang sedap...buat sndiri pon boleh asalkan ada tepung sagu hehe..

      Delete