Wednesday, 3 October 2018

St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub Review

St Ives Blackhead Clearing Green Tea Scrub Review.


Hi pembaca-pembaca sekalian! Hari ni aku akan buat review sikit pasal St Ives Green Tea scrub yang laku keras di Watsons ni! Yess! sekali promo je zass tinggal rak je satu pun dah takda lagi yang scrub green tea ni huhuuu so kena la beli banyak untuk dijadikan simpanan pada masa akan datang nanti ye! Hehe,baiklah...Jom start review

Harga RM21.50, tapi aku dapat ni masa promo dulu RM19 je gais! Syiok kan.. Berat bersih pula 170 g.Fungsi St.Ives Blackhead clearing Green Tea Scrub ni sudah semestinya untuk hilangkan blackhead dan white head di muka terutamanya di hidung.YES! Hidung,mcm strawberry pulak dibuatnya.ada bintik-bintik tu geram!.Selepas itu, untuk calms redness,maksudnya untuk redakan muka yang kemerahan.Bukan yang kemerahan yang comel-comel macam budak cendol tu hokayyy,tapi kemerahan yang selalu ada terutama sekali bekas jerawat.





Scrub ni bertindak sebagai "exfoliants" dan menghalang muka daripada pori-pori tersumbat dari kotoran dan minyak.Rasanya,semua scrub bertindak sebagai exfoliants,terjemahan dalam bahasa Melayu pulak bermaksud pengelupasan.Proses ni membantu kulit untuk menghasilkan sel-sel kulit yang baru.Haaa sebab itulah digalakkan untuk scrub muka paling kurang seminggu sekali.Elakkan guna scrub semasa jerawat menziarahi muka anda sebab cara ni akan buat jerawat korang sebab scrub ni kan bersifat kasar,dikhuatiri akan mencederakan lagi korang punya miss J.




Tadaa, warna hijau gitu terserlah bau green tea...

Ini pula bila di blend...kalau korang tak bilas muka betul-betul..akan nampak mcm pasir2..



Cara-cara untuk guna pulak,
-cuci muka anda terlebih dahulu sebelum guna.
-Picit pada jumlah yang anda rasa mencukupi untuk muka anda.Tidak perlula nak lapis tebal-tebal kang cepat habis hehe lapis nipis je cukup ler boleh jimat sikit hehe.
-Lepastu,gosok-gosok lah kat muka korang,dalam bentuk bulatan..hidung jangan lupa hehe
-Tunggu beberapa minit dalam 1 hingga dua minit..
-Bilas guna air dan rasakan kelembutan pada muka korang dilengkapi lagi dengan bau aroma gree tea..best sangat!

Disebabkan scrub akan membuatkan muka kita kering,jadi tidak digalakkan guna hari hari ye uolls!.So far,ini scrub yang paling bagus yang aku pernah cuba.Hasil yang aku nampak,memang dia unclogged pores.Blackhead dan white head jadi kurang dan merah merah pada muka aku pon berukarangan.Jadi,sangat recommended untuk korang yang tercari-cari scrub untuk muka.Pastu,good luck jugak la kepada korang sbab yang ni boleh dikatakan limited hohoho..Kalau ada promo tu beli la awal-awal sebagai stock simpanan ye hehe!

Baiklah,done review St Ives Black Head Clearing Green Tea Scrub..tudiaa panjang nama hehe..akan buat more review pasal skin care yang aku pakai next time.Untuk pengetahuan anda semua..muka aku pernah break out teruk pada tahun lepas which is 2017.Andd yess,cerita ni akan disambung pada next entry .tunggu ye hihi! Bye...


3 comments:

  1. i use this. best muka lembut je lepas guna tapi tak nampak pun kalau whitehead tu berkurangan T^T

    ReplyDelete
    Replies
    1. sis, i prnah dengar yang kulit kalau hydration x okay, whithead pimple apa smua ni memang sng nak naik.ada jumpa sorang user ni kat twitter nama dia mia,dia share psal hydration is the key bila i amalkan minum air masak banyak seriously memang berkesan sangat.Produk yang pakai pun jadi okay je bila pakai

      Delete
    2. eh mia pulak, sorry..nama twitter dia @maisarahmahmud 🤗

      Delete