Sunday, 12 August 2018

Maksud ASMR? dan saat saya mula mengenali ASMR

Maksud ASMR? dan saat saya mula mengenali ASMR 

Korang pernah tak,melihat aktiviti yang dianggap biasa dan membosankan seperti mengetuk tin dengan cara tap,memarut sabun,membelah pasir kinetik ataupun slime? Mendengar dan melihat video orang makan dengan bunyi makanan yang digigit dan ditelan? Nampak macam biasa dan bosan,bahkan ada yang membenci bunyi mengunyah,tetapi anda terus menerus melihat video seperti aktiviti-aktiviti yang dinyatakan tadi.Situasi yang anda rasakan ini mempunyai nama tersendiri,iaitu ASMR.ASMR adalah singkatan untuk Autonomous Sensory Meridian Response.

ASMR terdiri daripada bunyi-bunyi yang dianggap menenangkan.Yang paling bestnya pasal ASMR ini,ianya dapat membuat seseorang itu merasa relax apabila melihat dan mendengar bunyi bunyian yang dianggap menenangkan itu tadi.Selain itu, ASMR pada sesetengah orang,membantu untuk mereka yang mengalami masalah susah untuk tidur atau lebih dikenali sebagai, Insomnia mahupun stress.

Banyak perkara-perkara yang boleh mencetuskan atau mempengaruhi ASMR seperti suara-suara lembut ataupun suara orang berbisik,bunyi mengunyah seseorang apabila makan atau minum,bunyi kertas berselisih apabila menukar halaman.

Bagi sesetengah orang,mereka akan menganggap ini merupakan sesuatu perkara yang pelik dan kurang diketahui oleh orang ramai.Tetapi tidak untuk penggemar ASMR.


Saat saya mula mengenali ASMR video 


Saya mula mengenali ASMR pada tahun 2015, pada masa itu saya mendapati diri saya tak boleh nak tidur dan sangat susah untuk saya melelapkan mata,sehinggalah saya menjumpai satu video,yang merupakan video makan-makan iaitu eating show,social eating atau lebih dikenali sebagai mukbang yang tengah menjadi trend sekarang ni di youtube.Apa yang saya perasan,saya lebih menyukai video makan-makan tanpa ada suara bercakap.In other words,org tu just makan dan tidak bekata-kata sepatah perkataan pun,tetapi hanyalah suara makan dan makanan yang dikunyah.Click click dan click,sehinggalah saya menjumpai satu video makan makan yang ada tajuk ASMR (NO TALK).Dan dari situ,banyak video-video makan-makan tanpa ada suara bercakap dan bunyi bising yang lain.

Dari situlah saya mula 'addicted' dengan video-video ASMR ni,bagi saya,ianya sangat menenangkan sehingga saya pernah tertidur menonton dan mendengar video-video ASMR ni.Bagi saya,ianya sangat berkesan untuk orang yang stress dan susah tidur seperti saya.Sekarang,ramai youtubers menubuhkan channel untuk ASMR video ini dan tumbuh seperti cendawan dan saya merupakan seorang daripada cendawan-cendawan itu heee!








Tadaa! mencuba perkara baru dengan menubuhkan channel ASMR.Tetapi saya mostly buat untuk makan makan tanpa bercakap dan mengharapkan viewers saya enjoy! heee




Jika anda fikir anda menyukai perkara seperti ini,ketahuilah bahawa anda bukan seorang! hee! Ramai peminat ASMR di luar sana yang menyukai perkara-perkara seperti yang saya ceritakan di atas.Kesimpulannya,setiap orang mempunyai minat yang tersendiri.Ada yang suka dengan bunyi mengunyah,ada yang rimas dengan bunyi bunyi tersebut.Kini,pelbagai cara yang ada untuk seseorang itu release stress,untuk menyelesaikan masalah sukar tidur,bahkan untuk terapi! Sudahkah anda menonton video-video ASMR di youtube? mana tau anda salah seorang yang minat pada ASMR ini hee! Okay,jumpa lagi di next entry :D



2 comments:

  1. sama.. sejak akhir2 ni ske sgt tgk video ASMR. addicted.

    ReplyDelete
    Replies
    1. kan! awak dah cuba tengok syedot asmr tak? dia pon best buat asmr

      Delete