Sunday 24 September 2017

Teh Herba Orang Kampung Bagus Ke?



Teh Herba Orang Kampung Bagus Ke?


Assalamualaikum hai pelawat-pelawat blog sekalian..setelah beberapa hari aku menghilang lepas buat giveaway now i'm back! btw! terima kasih banyak banyak kepada yang dah join giveaway aku yang setahun jagung tu ye hehe! y'all memang sporting! tak sabar plak nak umum pemenang dan nak tau siapa yang dpt entry yang kreatif tu..Okay back to topic..jadi hari ni aku nak up entry pasal teh herba orang kampung! let's start



Pada cuti semester yang lepas..uitm bagi cuti yang agak panjang...panjang tu bukan satu bulan...dua bulan tapi 5 bulan! lama gile! hambik ko nak sangat cuti kan tu dah bagi 5 bulan sekaligus! mereput la hang!...okay dalam cuti yang teramat panjang tu tipulah kalau tak kuat makan kan..bosan bosan makan...makan je bosan mana tak naik lemak ke badan ni haa...


cuti tu syiokla jugak tapi yang tak syioknye jadi penternak lemak yang berjaya! family and kawan kawan pun banyak tegur makin gemuk makin chubby makin berisi apa smua,huh sadisnya...


Dari situ mula lah terhegeh2 nak jogging apa smua...dan dari sini la akak aku syorkan untuk minum teh orang kampung ni sbab banyak membantu dalam mengurangkan berat badan dan menguruskan badan..sebab kakak aku pon kurus lepas mengamalkan teh herba orang kampung ni..disebabkan dia nak training polis dulu dan harus sangat sangat untuk kurangkan berat badan dia amalkan teh herba ni..before this berat dia 92kg cemtu after dia amalkan minum teh herba orang kampung tu berat badan dia menurun hingga ke 75kg! congrats sisturr!..boleh tengok review dia di sini...selain daripada tu semua...teh herba orang kampung ni pun dapat menghilangkan bau badan..dan menyelesaikan masalah susah nak buang air besar.







Nah..ni la teh herba orang kampung tu..kat mana nak dapat? ada je kat watson dan guardian serta kedai toko kecantikan ape smua tu..cari je sana mesti ada...kadang kadang farmasi pon ada jual tau teh herba orang kampung ni...harga pon berpatutan..aku beli rm22.86 kat watsons..


teh herba orang kampung ni ada tiga jenis tau..iaitu teh herba original , teh herba +halia ,  dan teh herba + limau purut (macam gambar di atas)..aku pilih yang ada campuran limau purut sebab rasa dia lebih sedap kot huhuhu..


Apa yang bestnye teh herba orang kampung ni? okay mengikut kertas sebesar A4 yang disertakan dalam kotak teh ni,ianya berkhasiat sangat untuk buang lemak terutamanya kat perut,peha,pinggang serta lengan.Teh herba oang kampung ni jgak menghakis kolestrol yang ada dalam darah..Juga sangat sesuai untuk merendahkan tekanan aliran darah,memudahkan proses perkumuhan buah pinggang,dan sangat sesuai diminum oleh penghidap darah tinggi,kencing manis dan resdung.


Kesan sampingan selepas minum air teh herba orang kampung ini adalah 8-10 jam setelah meminum teh herba ni,korang akan kerap membuang air besar 3 hingga 5 kali sehari..tapi jangan risau sebab tu lah kesan positif dalam pengambilan teh herba ini..selepas seminggu takda lagi dah tu..tapi kalau masih lagi belarutan buang air besar dengan kerap tu..lebih baik kurangkan dos.


cara nak sediakan teh herba orang kampung ni senang je..korang  hanya perlu letak satu uncang dan dicampurkan ke dalam segelas air panas,tutup sehingga kembang uncang teh tu..kira kira dalam 5 hingga 10 minit cmtu..minum selepas makan tengahari dan selepas makan malam..tapi kalau aku x makan malam tu aku tak minum untuk malam tu...minum tengahari tu je :) kalau nak kesan yang cepat..minum masa panas2...hirup sikit sikit lee takkan la nak minum smua panas panas tu haa hahahaa...


Hasil selepas mengamalkan teh herba orang kampung ni (campuran limau purut) aku perasan berat badan menurun..kawan pon tegur badan makin susut huhu! happynye! badan pon rasa ringan je mungkin sebab asyik melabur kat tandas kot hehe! selain tu..aku perasan,dulu kalau peluh peluh start la bau badan..tapi skrang dah kurengg! pastu..kalau dulu takut nak makan yang heavy heavy skrg no problemo kalau makan malam sekalipon..lepas minum teh herba ni malamtu...esok pagi tu pasti membuang kat tandas.ibarat membuang makanan yang kita makan malam sebelumnya.... tu la yang bestnye teh herba orang kampung ni.. selain amalkan minum teh herba orang kampung ni...aku juga buat senaman ringan 30 minit 3 kali seminggu serta menjaga pemakanan..air masak plak 2 litre sehari..paling sikit minum pon 1 liter...


Last but not least cewah mcm buat essay bi plak..aku harap entry aku pasal teh herba keluaran orang kampung ini dapat membantu korang smua tu yang nak cuba teh herba ni...seriously best sangat kalau mengamalkannya and tak skip! berbaloi tau result dia..selain dripada tu aku berharap agar harga teh herba ni stay harga ni je....ok gaiss smpai sini je ye...jumpa lagi bye






34 comments:

  1. Replies
    1. Sama bro..memang bagus teh ni..cuma nak membuang tu payah..terpaksa bangun pagi sebab sakit perut dah minum petang smlm sbelum tido!!

      Delete
  2. Saya sblm mnum teh ni berat saya 64kg now dlm masa 5bulan amal kn mnum teh herba orang kg..berat sy kekal 42kg,43kg...turun naik kt angka tu jer...happy!!!!!!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Betul ke sis ? Berat saya 64 . Desperate sangat nak turunkan berat . Sis jaga makan ke ? Sis minum sehari 2 kali ke ? Sebab sebelum ni saya minum tak jadi . Maybe saya minum sehari sekali and kadang2 xminum

      Delete
    2. Serius ke sis 64 turun ke 4kg

      Delete
    3. Senang jer nak trun mcm sis tu, jga pemakanan , no air manis no nasi no buah , komfem trun dgb jaya nye

      Delete
    4. sy dlu amlkan teh ni..sebulan xtw la brpa turun sebp x timbangan..tp mmg kurus..cma mw kna mnum air bnyk..sa berenti sbp mata sy jd kuning
      .mgkin sbp kurg mnum air.. ayu x ngam..mw mnun ni kana kawl makn juga sma xcse sikit2.mnum sblm tdr jn ltk gula

      Delete
    5. ya dlu awl thun sa bjaya turun 5kg..kurg mnum mnis kurg nasi.. tp skrg susa kontrol🤣

      Delete
  3. Sis nak tnye , kalau minum teh herba ni tiap tiap hari boleh tak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. rasanya kena minum tiap2 hari. lepas lunch and lepas dinner kot.

      Delete
  4. Saya pun nk cube minum teh org kampung

    ReplyDelete
  5. Baru 3 hari mengamalkan teh herba orang kampung ni. Memang hari pertama memulas-mulas perut. Membuang tak puas. Hari ke 2 n ke3 dah tak berapa sakit sangat perut. Sesekali datang macam senggugut gitu haha...tapi tak lama lepas buang dah elok je perut ni.. now 63kg. Target bawah 50kg. Tunggu keputusannya nanti��

    ReplyDelete
    Replies
    1. Sis,macam mana..berat sis dh turun berapa setakat nie

      Delete
    2. aah..nak tahu jugak 🤭

      Delete
  6. Saya baru nak try..+ dengan eat clean..mesti clear..

    ReplyDelete
  7. sy baru try minum teh nie...tp kenape x sakit perut pon...pelek betol

    ReplyDelete
  8. minum mase period boleh ker

    ReplyDelete
  9. Minum masa period boleh ka

    ReplyDelete
  10. sy da try teh org kampung ni..mmg slim..skrg ank 2 pn pinggang size 25-26cm cmtu.bestt!

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ada orang kata.. Minum teh orang kampong membahayakan buah pinggang.. Pohon pencerahan secara perubatan modern yg diiktiraf oleh KKM.

      Delete
  11. Teh herba ni bole kurang kan bau badan ka???

    ReplyDelete
  12. Baru beli n bru try hari ini.. Hope boleh krgkan brt bdn.. Now 75kg pas bersalin ank ke 3 nk berat ideal 50kg 😅😅

    ReplyDelete
  13. Ad orang ckp menipiskan usus.. Mohon pencerahan

    ReplyDelete
  14. This comment has been removed by a blog administrator.

    ReplyDelete
  15. Wow. Saya pernah try beberapa tahun lalu..tp lupa dah mcm mn rase dia.. haha..
    Yup ada betul jg. Ni pasal side effects dan bila perlu tp semua tu bergantung kpda bdn sendri. Lain org lain badan.. dan penerimaan. Tq

    ReplyDelete
  16. Jatuh cinta terus hari2 minum selepas mkn.. Sebb nak turun cepat saya buat senaman pagi dan petang tak payah lama pun 30 minit je kadng x buat jugak.. Just lepas mkn pasti kn minum.. Berat saya 60 turun ke 53 dua bulan je.. 😘🥰 yeahhh

    ReplyDelete
  17. teh herba ni boleh diambil time period tak??

    ReplyDelete
  18. sya perna cuba.. tp lpas smngu..mmg susut tp mata jdi kuning..mgkin kurg mnum air atau apa..sa pun xtw..nak cub lagi nti

    ReplyDelete
    Replies
    1. Korang minum air tu sis..pastukan mnum air bayak..

      Delete
  19. saya pon dh try memang berkesan

    ReplyDelete
  20. kalau minum ni campur gula stevia boleh ke? tak tahan lah minum pahit² XD

    ReplyDelete
  21. Berapa ml air? Gelas kecil penuh ka?

    ReplyDelete