Saturday 1 December 2018

Jantayu Strawberry Farm!! Ladang strawberry pertama di Kuching!



 Jantayu Strawberry Farm!! Ladang strawberry pertama di Kuching!



Hai korang! Selamat berhujung minggu! Jadi hari ni,saya cuba pergi kat tempat yang kira popular dan viral sekarang ni di Kuching,iaitu Jantayu Strawberry Farm.Wow kan,selalunya kalau ladang strawberry jer mesti automatik ingat kat Cameron Highland je,tapi sekarang ada je kat Jantayu
Strawberry Farm ni!.Tempat ni terletak di Kampung Jaya Bakti, 93050 Kuching, Sarawak.



Okay,masa saya pergi ni cunnn sangat,sebab ape? tengok awan tu haa cantik je mendung,tapi tak hujan! so boleh la layan hirup udara segar sambil ditiup oleh angin sepoi sepoi bahasa ni.Kalau pasal parking plak jangan risau ye,banyak je tempat korang boleh letak kereta korang kat sini hiks!.





Tadaa! ini tiket untuk masuk untuk 18 tahun ke atas...untuk kanak kanak dan warga emas plak harga berlainan,murah dari yang untuk 18 tahun ke atas.Untuk setiap tiket masuk yang korang bayar,korang akan dapat RM2 untuk redeem bila korang beli makanan,baja strawberry,pasu,pokok strawberry dan keychain untuk kenang kenangan.Korang pasti akan beli something kat sini,so yeah! keep your tix uolls!


Masa operasi:
Buka setiap hari Sabtu dan Ahad ,Public Holidays dan Cuti Sekolah.

9 pagi sehingga 6 petang.




Comelnye strawberry2 ni!..Lagi best kalau pergi masa dia berbuah..masa saya pergi ni diorang tak berapa nak keluar.bukan musim kot hehe..Nak tanam satu kat rumah? sila-sila je beli ye sebab kat sini ada je jual pokok strawberry siap baja dan pasu lagi.Syiok kan!





Beginilah rupa kedai-kedai yang ada kat sini,macam-macam yang boleh didapati dan agak rare.Salah satunya adalah nasi lemak strawberry! wow kan.Banyak lagi menu yang boleh korang dapat kat sini,seperti churros ice cream with strawberry,strawberry shake,coconut shake,aiskrim malaysia (semestinya perisa strawberry ada hokayyy),nasi kerabu tumis ayam percik,strawberry chocolate dip,dan macam macam lagi.Oh yeap lupa,kerabu maggie wow kan.Lain daripada yang lain gittu.




Kek nasi lemak? nasi lemak cheese? tapi kat sini ada nasi lemak strawberry...Okay ni adalah yang popular dan buat tempat ni viral.Unik dan terserlah creativity kan hihi! Buat korang yang menyukai kelainan dalam makanan ni anda sangat sangat digalakkan untuk mencuba hihi!







Aishh comelnye korang ni!!! pink gitu macam Buku Pinky hehe!!! Strawberry shake! yes! satu kewajiban untuk beli ni bila ada kat sini hehe.Sejuk2 masa panas2 ni fuhh layan! Buat guna strawberry yang di blend.Jadi,ada lah rasa sejati strawberry yang asli nyum nyum! Sambil tu boleh lah menikmati pemandangan yang menenangkan hehe







Menu lain pon ada dijual kat sini tau! gambar di atas adalah nasi kerabu tumis ayam percik dan ayam goreng ala ala korea gitu ataupun yang lebih dikenali sebagai korean fried chicken.Buat makanan-makanan yang saya kongsikan gambar di atas,saya guna yang redeem RM2 tu,hihi best!

Jadi,untuk korang yang tengah tercari-cari tempat baru untuk dikunjungi,atau yang tengah melancong di Sarawak ni,marilah ke sini! Untuk maklumat yang lebih lanjut,boleh la search Facebook Jantayu Strawberry Farm.Okay cukup sampai di sini saja saya kongsikan pengalaman saya berkunjung ke strawberry farm pertama di Kuching! Jumpa lagi di next entry bye! :D












2 comments:

  1. Wahhhhh! Murahnya tiket siap boleh redeem lagi. Strawberry milkshake tu nampak sedap.

    ReplyDelete