Wednesday 21 August 2019

Cara Mudah Meringkaskan Post Di Homepage Blogger... Post Excerpts


Cara Mudah Meringkaskan Post Di Homepage Blogger... Post Excerpts




Hai!!! klik  Sini untuk view keseluruhan blog saya!


Sesetengah blogger tidak menyukai keseluruhan kandungan post atau entry mereka terpampang di halaman blog.Situasi ini sering berlaku bila kita update entry atau post yang panjang,maka ,post kita akan “memakan” ruangan blog kita.Jika pengunjung blog anda
tidak mempunyai line internet yang kuat dan kukuh,maka,post anda akan mengambil masa yang lama untuk “loading” sepenuhnya untuk melihat content blog yang anda post.Kalau pembaca atau pengunjung blog anda jenis yang penyabar untuk menunggu page anda loading,next task diorang adalah,terpaksa scroll banyak banyak untuk melihat content blog anda kerana post yang panjang itu tadi.Itu kalau yang penyabar,kalau yang jenis malas untuk tunggu loading,maka hi hi bye bye je lah ye.


Jadi,entry kali ini saya akan menunjukkan cara mudah dan ringkas untuk memendekkan,atau dalam bahasa Inggeris, “post excerpts” .Dengan cara yang saya akan tunjukkan ini,anda tidak perlu mengubah blog template HTML anda seperti yang ditunjukkan kebanyakan tutorial lain.Ini kerana mengubah blog template HTML akan menyusahkan anda sendiri,apatah lagi untuk blogger baru seperti saya.Mari buat dengan cara manual!


Blog nampak lebih kemas dan “user friendly” jika post anda hanya menunjukkan Tajuk post dan petikan pendek di setiap blog post di homepage anda, dan link “read more” akan memanjangkan ulasan post anda bila di klik. Hasilnya, homepage anda akan nampak lebih tersusun dan post anda lebih nampak  “catchy” untuk pembaca dan pengunjung blog anda.Ini juga akan memudahkan pembaca dan pengunjung blog anda untuk melihat post-pot dan entry anda yang lain.

Saya akan tunjukkan step yang mudah ini.Let’s go!




Step yang paling pertama adalah,pastikan anda sudah log in blogger anda.Lepas tu pegi ke sebelah kiri atas dan klik “Post” . Selepas itu,click edit di post yang pertama sekali. 





Selepas itu, klik icon seperti yang ditunjukkan gambar di atas.Icon itu dinamakan sebagai “Jump Break” di mana jika anda click icon tersebut, ianya akan menjadi page break.Lihat step seterusnya untuk lebih faham.










Bila di klik icon “Jump Break” itu tadi,automatic dia jadi macam di atas.Jadi,anda fikir dan ikutlah keselesaan dan kemahuan anda di mana anda hendak meletak page break itu tadi.Untuk pengetahuan anda,jika anda letak page break ini,maka content anda yang berada di bawah page break ini akan tersembunyi dan pembaca dan pengunjung blog anda hanya perlu click link  “read more” untuk expand content anda.Jangan risau pasal grey bar yang menandakan page break di post anda itu,ianya tidak akan muncul di home page anda dan hanya muncul semasa proses pengeditan seperti di atas.Maknanya,tuan blog je boleh tengok grey bar itu untuk menandakan page break anda tadi.

Apabila selesai menandakan bahagian yang hendak di “page break” Tekan button “save” di sebelah kanan atas dan click “Publish” post. Lepas tu,click view blog anda.







Tadaa!. Hasil page break yang saya buat di tutorial ini. Entry pendek saya muncul di home page.Jika pembaca dan pengunjung hendak membaca lebih lanjut,maka diorang hanya perlu tekan Link “read more” di entry tersebut.







Lihatlah sendiri,sebelum dan selepas diringkas ataupun Post Excerpts.nampak kan perbezaannya? Post nampak lebih kemas dan tak too wordy.Pembaca dan pengunjung blog pun boleh terus scroll untuk lihat content yang seterusnya.


Lepastu,anda ulangi tutorial dan cara yang sama pada post-post anda yang lain.Nak jadi blogger ni kena rajin,buang jauh jauh sifat malas,kata saya untuk diri ini sebab malas nak buat satu satu haha.


Terdapat banyak cara untuk meringkaskan post atau entry,ataupun dalam bahasa inggerisnya, Post excerpts di blogger.Biarpun banyak tutorial yang akan menunjukkan cara untuk meringkaskan post entry di homepage ataupun Post Excerpts secara auto,tetapi,tutorial yang saya berikan ini dibuat secara manual.Terdapat kelebihan pada tutorial auto dan manual,tetapi saya lebih prefered cara manual sebab:

  • Boleh decide dengan tepat di mana kandungan post saya berakhir.
  • Tidak perlu bimbang dan takut akan coding clash di template blogger saya.Which is cara ini lebih selamat untuk mengelakkan risiko peralihan coding di template blog.Bila salah buat coding..habisla jawabnye.
  • Guna cara manual lebih senang dan mudah difahami! Click click je!



Saya harap post saya kali ini dapat membantu anda semua dalam mengemaskini blog dan untuk yang tercari cari cara untuk meringkaskan post supaya nampak pendek dan kemas di home page blog.

Jika anda berjaya mencuba tutorial dan tips ini,sila kongsikan link blog anda di bahagian comment di bawah supaya saya dapat lihat serta blog visit blog anda semua.Tidak lupa juga,jika ada sebarang pertanyaan,jangan malu dan segan untuk comment ye,InsyaAllah saya jawab jika ada kesempatan.


Sekian,Jumpa lagi next entry! Bye.

1 comment:

  1. haaaaaa terkejut I.. satu-satu ka kena buat... huhu

    ReplyDelete