Wednesday 23 October 2019

Resipi Mudah Popiah Vietnam,Vietnamese Spring Roll dan Sambal Thai

Resipi Mudah Popiah Vietnam,Vietnamese Spring Roll dan Sambal Thai




Baru-baru ni,Popia Vietnam,Vietnamese Spring roll,Popia lutsinar atau apa apa sahaja nama yang diberikan,telah viral di Facebook,Instagram mahupun di youtube.Makanan sihat ini berasal daripada Vietnam.Kenapa saya kata sihat? sebab kebanyakan bahan-bahan yang digunakan direbus (tidak digoreng) dan bersayur,memang sesuai sangat untuk yang tengah diet sekarang ni.Jadi hari ni,saya akan kongsikan resepi mudah dan senang untuk membuat Vietnamese Spring Rolls.



close up sikit, ignore je yang satu tu terlebih muatan pulak,but still yummy!







Bahan-bahan yang diperlukan:

-Udang 

-Isi ketam instant (ketam paket)

-Daun salad

-Su un/So on,kalau takda boleh guna mihun putih halus.

-Carrot

 

***saya buat yang basic je,kalau anda nak tambah sayur kegemaran anda pun boleh,contohnya timun jepun,kobis dan banyak lagi.

 

Cara-cara:

 

1.Potong carrot secara memanjang.Kalau nak udang belah dua pon boleh.

2.Rebus sekejap atau celur udang,isi ketam,Su un/So on dan carrot yang dah dipotong memanjang.

3.Dah direbus atau celur,toskan dan letak ke tepi.

4.Guna pinggan plastik,letakkan air sedikit  di atas permukaan pinggan tadi (untuk elak rice paper melekat di pinggan).

5.Letak air suam di dalam container (sama besar rice paper..untuk elak rice paper berlipat) ,dan alirkan rice paper ke dalam container itu tadi selama 5-10 saat dan angkat letak ke atas pinggan plastik tadi.

6.Susun bahan bahan yang sudah disediakan tadi dan lipat dan kemaskan seperti lipat popia.

7.Siap dan sedia untuk dihidangkan.

 

 

 

Tips untuk rice paper:

 

-Guna suhu air suam sahaja tak perlu air panas,air terlalu panas boleh buat rice paper rosak dan koyak dan over lembik.

-Untuk elakkan rice paper koyak atau susah dibentuk, elakkan rendam rice paper lama sangat.

-Jangan gunakan permukaan kayu untuk letakkan rice paper yang hendak dilipat,sebab rice paper mudah melekat dan boleh koyakkan rice paper.



Sambal untuk digandingkan dengan Popia Vietnam atau Vietnamese Spring roll ada jenis,seperti sambal kacang,sambal thai ataupun sos biasa.Oleh kerana sambal kacang agak rumit,dan resipi ini ringkas,jadi saya nak kongsi resepi sambal thai yang mudah.


Bahan-bahan:

 

-1 sudu minyak masak

-Bawang putih 3 ulas. (ketuk)

-Cili hijau (ketuk)

-Sos thai (saya guna jenama Maggie)

-Tepung Jagung 1 sudu

-Limau kecil 1 biji.

-Sos ikan

-Setengah sudu garam

-Setengah sudu gula

 

 

 

 

Cara-cara penyediaan:

 

1.Tumiskan bawang putih,cili hijau guna minyak masak.

2.Masukkan sos thai 6 sudu.

3.Masukkan sos ikan

4.perah limau 1 biji dan kacau

5.Masukkan tepung jagung yang dah dibancuh dengan air. (untuk pekatkan kuah)

6.Letakkan garam dan gula setengah sudu.

7.Siap untuk dihidangkan.

 

 

Baiklah,itu sahaja resipi Popiah Vietnam atau Vietnamese Spring Roll yang viral sekarang ni.Saya harap resipi yang saya kongsikan ni dapat membantu anda yang tengah mencari resipi mudah dan ringkas Popiah Vietnam atau Vietnamese Spring Roll.Kalau anda telah mencuba resipi yang saya kongsikan di sini,jangan malu jangan segan untuk kongsikan di ruangan comment di bawah ye.











No comments:

Post a Comment