Thursday, 10 January 2019

Hias dinding bilik dengan String Light dan Mandala Tapestry dengan mudah.




Hias dinding bilik dengan String Light dan Mandala Tapestry dengan mudah.



Asyik termenenung je dengan dinding yang kosong dekat katil ni.Tengah memikirkan pasal decoration idea untuk diletakkan di dinding yang kosong dan mempunyai pemandangan yang membosankan.Frame? alaa jenuhnya nak pasang paku,frame hanger apa semua tu.Leceh satu hal,dinding rosak lagi laaa tambah lagi satu hal.Hanya nak yang ringkas dan memudahkan.TING! satu idea muncul dalam kepala.Hasil pencarian dalam aplikasi Shopee,tiba tiba dapat idea untuk hias dinding bilik saya yang kosong ni dengan tapestry yang bercorakkan Mandala.Bila search google pula,tapestry mandala ni lebih angkat serinya bila dikombinasikan dengan lampu lip lap iaitu string light.Jadi,dapat la ilham deko untuk dinding kosong dalam bilik comel saya ni.








Sini la saya beli Mandala Tapestry ni dalam aplikasi Shopee.Dalam banyak-banyak onlineshop yang jual tapestry ni,macam ni je yang banyak review dan boleh dipercayai so i click that  "beli sekarang" heee! Barang dari China so kena sabar bebanyak la ye.Nak kata lama tunggu tu tak la lama sangat.Mungkin saye kot jenis tak sabar huhu.Lambat pon sebab tukang delivery tu yang lambat opss.huuuuu



Pasti di antara korang yang membaca ni ada yang tertanya-tanya bagaimana saya gantung semua ni.Memandangkan saya jenis yang sayangkan dinding dan tak suka ketuk sana ketuk sini,jadi saya mengambil langkah mudah dengan menggantikan tukul dan paku menggunakan double tape,dan safety pin."Guna double tape tak rosak ke dinding?" Baiklah,untuk pengetahuan anda,saya tampal dinding saya guna wallpaper plain yang dibeli dari kaison.Saya pernah buka wallpaper yang melekat di dinding,so far okay tak meninggalkan kesan.Jadi dalam hal ni wallpaper tu kira alas dan cover la untuk elak kerosakkan dinding angkara double tape ni hihi! Jom saya kongsikan langkah-langkah untuk gantung seperti gambar di atas.







Tadaaa, ini string light yang saya gunakan.Saya beli dari Mr.DIY.Harga pula dalam belasan ringgit macamtu (aduhh lupa pula maaf ya) tapi tak melebihi RM20 lah ye.Untuk panjang pulak,yang ni panjang dia 15 meter.Memang panjang rasanya boleh kelilingi satu bilik hehe.Code warna pula adalah warm white,tapi tak tahu la kenapa nampak jadi warna kuning terang bila masuk dalam gambar ni,effect camera kot hehe.










Ini pula adalah safety pin,yang saya beli untuk kegunaan tudung tapi tetiba dapat idea untuk gantung string light pula hehehe! bijak pula ye ehhh terpuji diri sendiri pulak (alaa gurau hoho).Safety pin ni korang boleh je dapat dari mana mana kedai seperti Mr DIY dan kedai jahit.


Okay,first,saya gantung tapestry ni guna double side tape je.Kalau nak senang,perlu dua orang la untuk membantu sorang pegang dan sorang lagi tukang lekatkan.Tapi alhamdulillah buat sorang okay je tapi tu la ,kalau boleh lebih baik dua orang la ye hehehe sebab nak balance kan ketinggian lagi,tak la nanti senget sebelah ke apa huhu.


Lepas habis tampal dan lekatkan tapestry ni,tiba masanya untuk gantung string light pulak.Saya pinkan wire string light ni guna safety pin.Senang,cepat dan mudah gitu hehe tak payah susah-susah fikir nak tukul ketuk sana ketuk sini,hanya pin kan ajee.






Selitkan wire string light tu tadi kat safety pin ni.Hati-hati ye,jangan sampai tercucuk tangan pula! hee





Dan pinkan aje kat tapestry ni.Mudah kan? tak la pening kepala nak letak paku ke apa huhu.









Tadaaa,lihatlah hasilnya.Akhirnya Mandala tapestry ni dah menghiasi dindingku yang membosankan.Tu dulu,sekarang dah cantik hehe! Selain daripada untuk deco,untuk dijadikan background untuk bergambar pun cun! Tak pon untuk background video untuk youtuber sekalian hehe.







Gambar dari sudut dekat.Haaaa,kat sini baru nampak yang string light saya beli ni warna warm white.Rasa tenang je tengok deco ni.Cun sangat-sangat dua ni bila digabungkan.Acah boho style jap.ehehehe!


Baiklah,rasanya itu sahaja yang hendak saya kongsikan untuk entry kali ini.Harap dapat membantu kamu semua yang tengah mencari ilham atau idea untuk deco bilik korang.Jaga diri tau bila gantung benda-benda yang berkait dengan elektrik ni.Safety first hokayh? Jumpa lagi next entry.Byebye














6 comments: