Friday 3 February 2023

RENEW LESEN SECARA ONLINE! SEMUDAH ABC!

 RENEW LESEN SECARA ONLINE! SEMUDAH ABC!


Sekian lama tak active blog, now im back!! Selamat hari jadi wahai diri yang kian meningkat usia! Bila birthday tu terdetik rasa hati nak tengok lesen kereta.Haaa tu diaa, lesen dah expired.Kerja pulak busy je memanjang, nak pergi ke cawangan JPJ berdekatan pun tak ada masa.Sekarang semua benda hujung jari je kan,mujur ada renew lesen secara online! Jom saya kongsi sedikit pengalaman saya renew lesen secara online.

Sebelum ini , saya selalu renew lesen kat UTC.Yelaa zaman student , banyak masa nak ke sana sini.Sekarang dah kerja , nak cari masa tu agak payah, tambahan sekarang saya bekerja shift.Oleh kerana kekangan masa , saya terfikir nak renew lesen secara online je.Sangat senang guys! 

Saya renew lesen online guna website myeg.com.my . Website my eg ni bukan setakat renew lesen je boleh, juga ada menyediakan berbagai jenis service seperti pengurusan saman JPJ , zakat , renew permit pekerjaan dan banyak lagi.Renew lesen kat website ni kira service yang popular la yang orang selalu buat.Sangat memudahkan kan!

Firstly pergi ke laman web https://www.myeg.com.my/auth/login dan log in.Kalau anda first timer , boleh register terlebih dahulu.Form dia simple je, x sampai 5 minit je dah siap.




So kalau korang buka melalui handphone , akan keluar macam ni la.See, bukan sekadar renew lesen je ada guys, banyak lagi option yang ada ye, antaranya adalah JPJ (check & pay road tax) , JPJ (renew driving license) , IMI ( renew maid permit ) , Pay Zakat , PDRM (check saman), seperti tertera di atas lah ye, sangat memudahkan i likeee.


 Since kita becerita tentang buat lesen online ni, jom kita go through bahagian JPJ ni.Banyak lg cabang dia, renew road tax pun boleh.Tapi saya tak try lagi.Kalau dah try nanti , akan jadi next topic blogger saya okei! Stay tuned hehe.Okay , kat sini korang klik Driving license renewal ( Pembaharuan lesen memandu). 


Next , sini akan ada explanation sedikit tatacara pemakaian semasa mengambil gambar . Yelah kena ada tatacara kan , macam buat ic juga le.Baik korang siap cantik2 dan smart.Gambar lesen la katakann hehe. Maybe masa korang apply ni , korang tengah kerja misalnya.Takpe okey, dia akan auto guna gambar korang yang lama! gambar yang kat lesen korang yang dah expired tu ha.


Pastu , dia akan minta isi maklumat kita, nombor ic , kategori lesen , tempoh pembaharuan , email , alamat dan sebagainya.Isi betul2 ye , jangan salah pula.Kat bawah sekali tu dah tertera sekali harga penghantaran dan sebagainya.Lepas korang submit ni, akan keluar option nak buat pembayaran macam mana, guna master card ke , online banking or cash on delivery.





Korang pon boleh check harga2 untuk tempoh pembaharuan tu , contohnya satu tahun , RM 100.nak buat tiga tahun sekali pun boleh.Nanti click je bahagian tahun tu , nak berapa tahun..akan auto keluar  harga.

Sebelum korang submit tu , dia akan show la bagaimana rupanya smua maklumat korang beri tadi tertera kat lesen korang.FYI saya  guna balik gambar lama je.Disebabkan kekangan masa la katakan ye hehe.


Bila selesai semua , korang akan diberi salinan seperti resit.Resit ni pula untuk korang bawa ke mana mana je semasa korang memandu.Yelaa kang nanti lalu roadblock tak la cuak sangat ada bukti lesen korang memang tengah dalam process pembaharuan.

Tadaaaa,,,Print kan siap2 copy yang diberi tadi and letak atas dashboard kereta korang tu.Simpan tau , untuk rujukan masa akan datang cewaa.



Nanti parcel delivery tu akan datang macam ni! , macam surat, tapi dia letak dalam bungkusan so lebih privacy and confidential gitu!.Masa penghantaran agak pantas, saya dapat dalam tempoh kurang daripada seminggu je.Kira pantas la tu kan? Yelaa kalau nak cepat pergi sendiri la hehe.



Kesimpulannya , begitulah cara2 nak buat  pembaharuan lesen secara online.Pada pandangan saya , kaedah atas talian seperti ini amat memudahkan.Tak semua orang mempunyai waktu yang fleksibel eh eh terbebel pula.Zaman dah moden , semuanya terletak di hujung jari je sekarang ni.Terpulang kepada anda nak buat ke tak je lagi hehe.So thats all for today guys! selamat mencuba kepada sesiapa yang nak mencuba!

Disclaimer : Saya tidak betanggungjawab atas perubahan harga , service dan maklumat yang dinyatakan.Untuk info lebih lanjut dan terkini , sila rujuk https://www.myeg.com.my/ . 

































No comments:

Post a Comment