Gambar oleh : Kelopak Hantaran
Dulang hantaran merupakan dulang berisi hadiah atau barangan keperluan yang digubah dan dihias cantik oleh pihak perempuan untuk diberikan kepada bakal pengantin semasa majlis pertunangan atau perkahwinan. Kebiasaannya, dulang hantaran dibawa bersama rombongan pengantin dan simbolik sebagai tanda kasih sayang serta lambang adat khususnya adat orang Melayu.
Apakah barang - barang untuk dulang tersebut? Jom saya listkan satu persatu di bawah!
Gambar oleh : Dulang Cik Panda
Pemberian berunsur Islamik ini mencerminkan niat murni, InsyaAllah dapat membawa keberkatan serta rahmat dalam membina dan mendirikan rumah tangga. Pemberian seperti ini juga dapat jadi peringatan manis mengenai peranan suami sebagai pemimpin agama, selain pemimpin dan ketua keluarga yang bertanggungjawab membimbing dan mendidik isteri serta anak- anak nanti
2.Set minyak wangi
Gambar oleh : Dulang Cik Panda
Minyak wangi merupakan barangan harian asas yang pasti digunakan oleh suami untuk bekerja, bersosial mahupun menghadiri majlis. Selain itu juga, bauan yang dipilih juga akan menjadi bauan indah yang mengingkat bakal suami akan hari perkahwinannya.
3.Set skin care dan body care
Gambar oleh : Dulang Cik Panda
Sebagai seorang lelaki yang sentiasa rajin menjaga penampilan dan kebersihan, pemberian seperti set skin care mahupun body care amat sesuai. Sekarang, bukan hanya di watson dan guardian, bahkan kedai-kedai seperti bath and body works, body shop dan sebagainya turut banyak pilihan untuk set skincare dan body care lelaki.
4.Jam tangan
Gambar oleh : Dulang Cik Panda
Jam tangan? Big yes! Berbanding aksesori lain yang mungkin jarang dipakai, jam tangan boleh digunakan setiap hari. Sama ada jenis analog klasik, digital, atau smartwatch, saiz kotaknya yang kemas dan reka bentuknya yang eksklusif sangat mudah untuk digubah dan kelihatan menarik di atas dulang hantaran. Hadiah seperti ini juga dapat menjadi simbolik "ikatan masa" yang kekal dan komitmen untuk menghargai setiap saat bersama gituu!
5.Kasut
Gambar oleh : Dulang Cik Panda
Berbanding hiasan-hiasan yang mungkin akan disimpan, kasut salah satu keperluan harian yang boleh dipakai terus untuk majlis perkahwinan mahupun lain lain aktiviti. Banyak pilihan kasut lelaki, sama ada kasut kulit yang elegan, sneakers atau kasut sukan mengikut kesukaan dan personaliti bakal suami.
6.Set dompet dan tali pinggang.
Gambar oleh : Dulang Cik Panda
Pernahkah anda terbaca, bahawa lelaki tak akan tukar dompet selagi masih boleh dipakai, kalau koyak sedikit pun apa ada hal kan? My dear girl sekalian, this is the time! Set dompet is a must ya, ditambah pula dengan tali pinggang.
7.Baju dan T-shirt
Gambar oleh : Dulang Cik Panda
Sememangnya, baju merupakan keperluan harian manusia. Baju pula ada banyak jenis, untuk dijadikan hantaran buat si bakal suami, baju- baju seperti Kurta , tshirt kerja dan baju melayu sangat sesuai untuk dijadikan hantaran. Tips, cari warna yang soft dan bukan color blocking supaya hadiah nampak lebih menonjol dan tidak tenggelam.
8.Telefon bimbit dan barangan elektronik.
Gambar oleh : Fineflowerstudio threads
Nak cari idea yang lebih wow? Jadikan telefon bimbit sebagai dulang hantaran pasti si bakal suami senyum sampai ke telinga! Selain phone, Tablet , 9tendo , PS5 dan earpods pun boleh.
9.Manisan coklat dan kek
Gambar oleh : Dulang Cik Panda
Dulang hantaran tidak semestinya 100% barangan. Makanan juga boleh ye! Seperti buah- buahan, coklat , cake, agar agar dan cupcake. Tips untuk pemberian cake, jangan gunakan kek yang fresh cream based, dikhuatiri akan cair dek kerana suhu dan cara penyimpanan. Carilah cake yang menggunakan fondant based, kerana boleh tahan lebih lama dan tidak mudah cair.
Sebenarnya , berbagai jenis barangan boleh dijadikan hantaran untuk si dia. Tetapi ingat ya! anda juga harus mengambil kira dari segi bajet, size dan berat barangan supaya tidak mendatangkan masalah untuk anda, penghias dulang mahupun pembawa dulang nanti.
Apa yang penting, bukanlah barangan yang diberi, tetapi keikhlasan adalah lebih bermakna dalam memberi hadiah untuk seseorang apatah lagi untuk bakal suami si cinta hati.
Saya doakan, bakal tunang, bakal pengantin mahupun yang mencari inspirasi dulang hantaran, dipermudahkan urusan dan dilancarkan majlisnya. Selamat menempuhi alam perkahwinan!
Anda ada idea lain untuk barangan dulang hantaran lelaki? Jom share di comment bawah!










No comments:
Post a Comment