Wednesday, 8 August 2018

Resipi Choco Jar Senang dan Mudah.

Resipi Choco Jar Senang dan Mudah







Hai asaalamualikum,entry kali ni saya nak share resipi choco jar pula.Lately,slalu je tengok kat facebook dan instagram orang jual choco jar ni,ada sampai satu balang RM10,nak beli pun fikir 2 kali,sbab nak buat choco jar ni mudah je sebenarnya...Cuma masa dan penyakit M tu yang jadi faktor utama bila nak buat kan hehehe! OK jom proceed to resipi yang mudah,ringkas dan senang ni 






Bahan- bahan yang anda semua perlu sediakan:
  • Chocolate cadbury
  • Bubble Rice
  • Cornflakes *lupa pula nak letak gambar
  • Mini coco crunch (Ikut cita rasa masing2)
  • Balang atau jar  (kedap udara tau)
  • Minyak masak 3 sudu kecil

Part topping tu, saya letak mini coco crunch,korang boleh ikut suka la nak topping ape,kalau orang slalu jual kat instagram dan facebook tu,diorang letak topping seperti kit kat,marshmallow,m&n dan macam-macam lagi! 






Okay gais, a little close up sikit untuk korang yang tertanya2 bubble rice ni macam mana bentuknya? and mini coco crunch plak macam mana bentuknya? haa ini dia..mini coco crunch tu sama je macam coco crunch,bezanya besar and kecik je.kalau dari segi harga plak lebih murah..Saya dapat  dua ni kat kedai yang jual bahan2 untuk baking,cari kat supermarket takda.

Oh ya! saya punya bubble rice ni,dah siap siap dah digoreng tauu dan tak perlu digoreng lagi .Sebab,ada bubble rice yang perlu digoreng dulu (tanpa minyak).

Cara- cara:

1.Mula-mula,panaskan dan cairkan coklat cadbury menggunakan teknik double boil. 





Camni ye,bawah mangkuk besi ni ada air yang dididihkan,supaya dapat panaskan coklat di atas mangkuk besi ni.

2.Lepastu,masukkan 3 sudu kecil minyak masak ke dalam coklat cadbury yang dah cair tadi dan sebatikan.Kenapa kena letak minyak masak? Sebab,untuk buat coklat kekal cair walaupun dah dalam keadaan sejuk. Kenapa tak nak pakai cooking chocolte ataupun compound chocolate? Sebab saya dah cuba sebelum ni,coklat jadi keras bila dah sejuk hmm sedih plak huhu...

3.Lepastu,padamkan api dan biarkan dia sejuk sikit baru masukkan ke dalam balang...elakkan letak panas2 atas bubble rice sebab nanti bubble rice tu jadi lemau dan tak crunchy gitu.

4.Letakkan bahan bahan tadi ke dalam balang yang kedap udara dan Selang-selikan ikut kreativiti anda.......
Ini cara saya, cornflakes +chocolate + bubble rice +chocolate+ mini coco crunch (topping)






bila coklat dah nak habis dan tinggalkan saki bakinya,jangan buang dulu..gaulkan dengan bubble rice hehe.


Siap! simpankan kat suhu bilik,elakkan letak dalam peti sejuk,sebab risiko untuk lemau sangat tinggi (hasil pemerhatian saya yang try and error sebelum ini).






Tadaaaa! siap! pelbagai bentuk jenis balang yang saya guna,untuk dijadikan sebagai stok kudap2 depan tv,mahupun masa blogging hehehehe!




Sebelum ni saya dah try resipi yang dinamakan resipi "confidence level 100 " ahhahaha sebab apa? sebabbb ingatkan buat choco jar semudah tu je..ok jadi bidan terjun...Last2 tu haa ambik kau tak jadi! bahan bahan jadi lemau dan sebagainya huuu sedihnya tuhan je yang tau.Nasib baik ada kakak yang baik hati yang sedia untuk membantu saya dalam "projek" yang kedua ni huhuhu...

kesalahan-kesalahan "try and error" yang telah saya buat masa first time buat choco jar:
X   Letak butter masa double boil chocolate cadburry.Hasil :coklat jadi keras bila disejukkan.
X   Guna bekas "tupperware" .Hasil : jadi lemau.
X   Letak coklat panas2 masa letakkan ke dalam balang Hasil : bubble rice saya lemau.


Okay kawan-kawan,semoga resipi yang saya kongsi ini membantu anda semua dan beginner  macam saya untuk buat choco jar! jumpa lagi next entry,Assalamualaikum :D








6 comments:

  1. ingatkan senang je nak buat rupanya ada cara dia. No wonder lah orang jual mahal choco jar ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. tu la kan,selain tu,maybe diorang jual ni guna bahan bahan mahal,contohnya kit kat,chocolate kisses apa smua tu,topping mahal

      Delete
  2. pernah buat.. lepastu dah malas nak buat2 lagi so kalau teringin ke apa beli kat kedai ajee hahaa. pemalass betull...

    ReplyDelete
  3. kan, beli je lgi snang 😂 kalau buat sbab suka2 bolela hehehehe

    ReplyDelete
  4. Nak tnye , bubble rice tu kene goreng dlu ke

    ReplyDelete
  5. mcm ne nak tau bubble rice tu dah siap sangai ke blom? sy wat jd lemau walaupon dh sangai..

    ReplyDelete