Friday 17 August 2018

Review dan cara memasak Samyang Cheese Ramen


Review dan cara memasak Samyang Cheese Ramen




Hello semua,hari ni saya nak bagi review sikit tentang Samyang Cheese Ramen yang kira hot di pasaran skarang ni.Ramen Samyang atau Ramyeon Samyang ini diperbuat di Korea dan disahkan
oleh Jakim .Mee Ramen ataupun nama sebenar Ramyeon Samyang mempunyai pelbagai jenis, salah satunya adalah paket hitam yang mula-mula famous dulu tu yang selalu digunakan dalam "Samyang Challenge",korang boleh cuba search kat youtube. ***Click gambar untuk lihat video ASMR ramen saya.






Tadaa, saya beli yang jenis cup,sebab rupa macam lebih menarik daripada bungkus padahal dekat nak sama je kot hehe.Harga RM7 dan saya juga beli cheese untuk ditambah dalam ramen ni nanti.Yes pengaruh youtube sangat! mengiurkan dan craving dia tu tak boleh bawa bincang.






Okay mari tengok pula apa ada kat dalam.Ada cheese powder dan flavour chili.Okay skali dah show whats inside ni saya nak share sekali la camna nak buat ramen ni hehe senang macam buat mi goreng gitu."Tau senang nak jgak cakap" alaa apa salahnya, alang-alang menjeluk pekasam biar sampai ke pangkal lengan gitu hehe okay jom:



Untuk penyediaan dalam *cup:

Step 1:  Isi air panas sampai garisan yang disediakan sebagai penanda aras air panas yang diperlukan,
Step 2:  Tutup cover dan tunggu 3 hingga 5 minit.
Step 3:  Tapiskan ramen tadi.(biar air dia dibuang)
Step 4:  Letak flavour cili (paket merah).Lepastu kacau2. Jangan terus campur cheese powder,nanti dia berkecamuk dan tak sebati. ***Kalau korang jenis kurang makan pedas,letak separuh je flavour cili ni sudah memadai.Kalau letak semua memang pedas *friendly reminder* hehe
Step 5:  Letakkan cheese powder.dan gaulkan 



Untuk penyediaan dalam kuali.*Paket
 Biasanya cara ni sebab nak add on sausage/cheese/telur yang telah dimasak terlebih dahulu ataupun ramen samyang ni dalam bentuk paket..Lepastu,korang boleh teruskan dengan step-step di bawah hehe...

Step 1: Jerang air 1 cawan setengah.
Step 2: Masukkan ramen bila air dah masak.
Step 3: Tapiskan dulu.tinggalkan sedikit air kalau nak letak cheese,supaya nanti ramen korang tak kering sangat.
Step 4: Letak flavour cili (paket merah).Lepastu kacau2. Jangan terus campur cheese powder,nanti dia berkecamuk dan tak sebati. ***Kalau korang jenis kurang makan pedas,letak separuh je flavour cili ni sudah memadai.Kalau letak semua memang pedas *friendly reminder* hehe
Step 5:  Letakkan cheese powder.dan gaulkan 

***ADD ON:  Step 6:   Letakkan cheese ke atas ramen yang telah masak tadi dan tutup guna tudung kuali.Tunggu dalam 2-3 minit dengan api yang kecil.
Step 7: Letakkan sausage /telur yang telah dimasak tadi dan ramen sedia untuk dimakan...






Tadaa..yang saya punya ni saya masak guna kuali dan letakkan dalam ni balik xD .Dalam gambar di atas ni ,saya add on cheese dan sausage yang telah dipotong.Oh ya,saya add on cheese sebab bagi saya cheese powder yang disediakan tak berapa nak rasa dia punya cheese to.so yeahh kita tambah cheese! 

So far,so good,bagi saya yang minat dengan makanan pedas-pedas ni,memang sedap.Kalau korang jenis tak tahan pedas atau kurang sikit dengan makanan-makanan yang pedas ni,korang cuba dulu letak setengah flavour cili dia tu (paket merah).Kalau nak lagi pedas bolehla tambah.Sebenarnya samyang cheese ramen ni dia punya pedas tak sepedas paket yang hitam tu.Mungkin sebab perisa dia yang ada cheese?

Dah buat ni kita buat pula video ASMR hehe.Apa tu ASMR!? nak tau lebih lanjut pasal ASMR boleh klik sini...okay jumpa lagi next entry! Bye. 






No comments:

Post a Comment