Friday 3 February 2023

RENEW LESEN SECARA ONLINE! SEMUDAH ABC!

 RENEW LESEN SECARA ONLINE! SEMUDAH ABC!


Sekian lama tak active blog, now im back!! Selamat hari jadi wahai diri yang kian meningkat usia! Bila birthday tu terdetik rasa hati nak tengok lesen kereta.Haaa tu diaa, lesen dah expired.Kerja pulak busy je memanjang, nak pergi ke cawangan JPJ berdekatan pun tak ada masa.Sekarang semua benda hujung jari je kan,mujur ada renew lesen secara online! Jom saya kongsi sedikit pengalaman saya renew lesen secara online.

Sebelum ini , saya selalu renew lesen kat UTC.Yelaa zaman student , banyak masa nak ke sana sini.Sekarang dah kerja , nak cari masa tu agak payah, tambahan sekarang saya bekerja shift.Oleh kerana kekangan masa , saya terfikir nak renew lesen secara online je.Sangat senang guys!