Tuesday 21 August 2018

Garrett Popcorn Best! Review



Garrett Popcorn Best! Review





Kalau korang jenis suka makan popcorn,ataupun untuk korang yang tercari-cari atau ingin mencuba kelainan dalam makanan kudapan ini,maka korang harus cuba try test garret popcorn ni! Dalam gambar ni saya beli yang Caramelcrisp...yummy,crispy jer! Best,dan
sangat sesuai untuk dijadikan sebagai  kudapan  masa tengok tv ataupun untuk dibawa masa picnic mahupun road trip hehehe.

So far,outlet Garrett Popcorn Shops ni ada kat Suria KLCC,Pavillion,Mid Valley,One Utama dan KLIA2 jer dan saya harapkan next place masuk kat Kuching pulak ye! hehe! Siblings balik sini je (Sarawak)  mesti pesan untuk beli Garrett Popcorn ni hihi! Because roti Gardenia is too mainstream huhu! Eh kenapa roti gardenia plak? Sebab dulu roti gardenia belum ada di pasaran Sarawak.Sekarang dah ada hehe! Okay kembali ke topik hihi!







Tu diaa, kata kata dari Garrett Popcorn Shops ni,nampak diorang ni nak yang terbaik untuk pelanggan-pelanggan diorang kan? Heheeeee.

Garrett popcorn ni banyak perisa tau.Di antaranya adalah, Caramelcrisp,Cheese corn,Buttery,Plain,Almond Caramelcrisp, dan Cashew Caramelcrisp.Kalau korang jenis yang suka popcorn classic,beli perisa Plain ataupun Buttery.Kalau size pula, ada Small,Medium,Large dan Jumbo.Nak  beli dalam bentuk tin pun ada.

Selain daripada pelbagai perisa yang unik dan menarik, penyimpanan yang memudahkan dan senang juga yang buat Garret popcorn ni the best.Kebiasaanya,popcorn2 yang saya beli simpan je mesti rasa lemau,masuk angin walaupun dah diletakkan ke dalam container yang kedap udara.Tapi Garrett Popcorn ni pula,korang tak perlu pindahkan ke dalam container.Hanya kepitkan guna besi yang boleh bengkok yang dah disediakan dekat dia punya paket ni.Mudah kan? Hanya lipat dan seal.Jadi,tidak ada lagi masalah popcorn lemau masuk angin dan jimat masa untuk ovenkan popcorn yang dah lemau.Ye,kalau popcorn lemau,jalan penyelesaian nya adalah dengan letakkan popcorn yang dah lemau ke dalam oven,lepastu popcorn akan kembali crispy!







Tadaa! Tengok tu,cantik berkilat je.Bau dia pula huu cukup buat terliur! Haha..Dalam gambar ni saya beli yang Caramelcrisp Size Large,RM 24.50...yummy,crispy jer! Bila makan tu,terasa sangat caramel dia huuuu sedapnye dengan kerangupan krap krup krap!Once dah makan rasa tak boleh nak stop pulak bila dah makan,ohh saya ketagih! haha.Lepas ni boleh la cuba pulak perisa lain.Sekarang,Cashew Caramelcrisp sangat menarik perhatian saya untuk mencuba! hehehe

Baiklah,saya harap entry saya kali ni dapat membantu korang serba sedikit untuk korang yang tercari cari popcorn yang the best dan mempunyai kelainan yang tersendiri! Semestinya di Garrett Popcorn Shops! Okay dah macam iklan pulak hahaha… Okay semua,jumpa lagi di next post! Assalamualaikum.

Disclaimer: Produk di atas semuanya dibeli oleh saya sendiri dan bukan ditaja atau di sponsor oleh mana-mana pihak.

2 comments: