Saturday 4 August 2018

Tempat menarik di Yogjakarta

Tempat menarik di Yogjakarta 


Saya ingin kongsikan tempat menarik dan best semasa makan angin di  bumi Yogyakarta atau sering dipanggil Jogjakarta, Indonesia pada februari 2018 yang lepas.Semenjak Air Asia membuka laluan ke Yogyakarta,secara langsung menjadi tempat melancong untuk rakyat Malaysia.Yogyakarta atau Jogjakarta, agak terkenal dengan tempat yang menarik dan bersejarah serta kecantikan alam semula jadinya,seperti candi candi yang bersejarah
dan terkenal,salah satu di antaranya ialah Candi Borobudur,yang merupakan candi Buddha terbesar dan terkenal di dunia.

Saya akan senaraikan tempat-tempat yang menarik di sekitar Yogjakarta yang pasti membuat pengunjung jatuh hati dengan keunikan dan keindahan tempat ini.

                                           




Candi Prambanan

Candi Prambanan ataupun nama lainya, Candi Rara Jonggrang merupakan komplek candi Hindu yang terbesar di Indonesia yang dibangunkan pada abad ke-9 Masihi.Komplek candi ini mempunyai 240 bangunan yang terdiri atas 3 bangunan candi utama. Ketiga bangunan candi utama adalah Candi Siswa,yang terletak di bahagian paling tengah dari komplek Candi Prambanan dengan tinggi 47 m dan merupakan bangunan candi tertinggi di Indonesia.










Candi Ijo

Candi Ijo memiliki jarak lebih kurang  28 km dari arah timur Yogyakarta.Candi Ijo juga merupakan candi yang berada di atas bukit dengan pemandangan Kota Yogyakarta serta landasan untuk kapal terbang di Adisutjipto International Airport.Bolehlah anda menikmati pemandangan dengan penampakan kapal terbang yang berlepas dan mendarat di lapangan terbang yang nampak dari bukit di Candi Ijo ini.Oleh kerana lokasinya yang dilengkapi dengan pemandangan kota Yogja, ia menjadi lokasi popular untuk menyaksikan matahari terbenam.Boleh la untuk korang yang minat gambar sunset.











Gunung Merapi

Di sini,sangat digalakkan kepada sesiapa yang teringin melihati matahari terbit (sunrise) dengan suasana nyaman dan pemandangan gunung Merapi.Jeep akan digunakan untuk sampai ke sini.Selain itu, gunung ini mempunyai sejarah tersendiri,seperti tapak dan hasil dari gunung berapi.Jadi,bila sampai ke sini,akan terus dibawa melawat tempat-tempat yang terjejas dengan gunung berapi ini,seperti rumah penduduk kampung dan sebagainya.Sehingga kini, Gunung Merapi merupakan gunung berapi yang paling aktif di Indonesia.










Borobudur

Setelah sampai saja di Adisutjipto International Airport,pasti ada melihat gambar Candi Borobudur ini di mana-mana bahagian seperti pintu dan dinding airport.Maka,jelas memperlihatkan bahawa Candi Borobudur merupakan tempat yang popular di sini yang wajib untuk anda semua kunjungi.Borobudur merupakan sebuah candi Buddha yang terbesar di dunia.Menarik kan? di sini semua sejarah tentang candi ini dari penemuan tekuburnya di bawah tanah hasil dari gunung berapi sehinggalah ukiran-ukiran yang terdapat pada dinding candi ini diceritakan oleh tourist guide yang akan ada di sana.Tourist guide akan diberi bayaran oleh kita.











Gereja Ayam.

Jika diperhatikan bentuk bangunan ini,nampak seperti bentuk burung merpati tetapi sebenarnya ini merupakan bentuk ayam. Kisah Gereja Ayam yang saya dengari,orang yang membangunkan gereja ini mendapat kecaman dari penduduk sekitar yang mungkin berlainan kepercayaan,dan akhirnya gereja ini ditinggal separuh siap.Gereja ni agak besar dengan pemandangannya yang menarik.Oleh sebab tempatnya yang berada di atas bukit,penggunaaan Jeep diperlukan.








Jurang Tembelan

Apabila sampai di sini,sudah semestinya mengambil gambar di tempat yang unik menjadi satu perkara yang harus bagi yang melawati Yogjakarta.Jurang Tembelan, menyediakan tempat yang menarik dan agak mencabar bagi sesiapa yang takut dengan ketinggian,kerana tempat nya seperti di hujung tebing,tetapi pasti puas hati dengan pemandangannya yang hijau dan indah.








Wisata Seribu Batu

Seribu batu,atau yang membawa maksud "seribu batu yang menompang langit",sesuai dengan namanya,di tempat ini mempunyai ribuan batu yang unik dan dapat dijadikan sebagai spot untuk anda berselfie. Di sini terletaknya rumah seperti ala ala cerita Hobbit dan rumah kurcaci seperti ala ala rumah orang kerdil dalam cerita Snow White.









Hutan Pinus

Hutan Pinus,tidak jauh daripada Wisata Seribu Batu.Dengan deretan pokok pinus yang tinggi membuatkan anda berasa ala ala di Korea.Dalam hutan pinus ini,disediakan buaian,kerusi kayu dan bermacam macam lagi untuk tujuan begambar.









Puncak Becici

Di sini,sangat sesuai untuk sesiapa sahaja yang mengemari gambar yang lain daripada yang lain serta pemandangan dari Puncak Becici yang cantik.Puncak becici terletak tidak jauh dari hutan pinus dan wisata seribu batu.Mengambil masa agak-agak 15 minit untuk sampai ke sini.








Pantai Timang

Untuk sampai ke sini,Jeep akan digunakan.Di Pantai Timang ini, sangat popular dengan Gondola,yang telah diperkenalkan oleh program tv Running Man semasa mereka membuat rakaman di sini.Gondola seperti cable car tetapi di sini,gondola ini menggunakan tenaga manusia seperti menarik tali untuk pergerakan gondola tersebut.Unik kan? selain gondola untuk sampai ke seberang (Pantai Timang), jambatan juga disediakan untuk sampai ke sana.Seperti yang anda semua lihat.di kanan saya merupakan jambatan dan di kiri pula gondola.








Bukit Pengger Bantul

Yogyakarta atau Jogjakarta memang terkenal dengan tempat tempat yang unik.Salah satunya Bukit Pengger Bantul ini.Tempat ini saya sarankan untuk pergi masa malam,kerana dengan keindahan pemandangan lampu lampu dari Kota Jogja,membuatkan gambar yang di ambil lebih  'menyerlah'.Jangan risau,di sana nanti ada photographer yang akan mengambil gamba anda dan memastikan gambar tersebut cantik.Setelah gambar diambil,gambar akan diletakkan di dalam laptop dan di pindahkan ke telefon kita.









Istana Air Taman Sari


Pada zaman dahulu, tempat ini merupakan tempat untuk berekreasi untuk keluarga diraja dan terus sekali dijadikan sebagai benteng pertahanan yang didirikan pada tahun sekitar 1758 sehingga 1765 oleh Sri Sultan Hamengku Buwono.Setelah sampai di sini anda dapat melihat bilik-bilik diraja dan kolam besar yang dulunya dibuat untuk puteri puteri bermandi manda.Dan sudah tentunya banyak sudut menarik untuk anda mengambil gambar sebagai kenangan.










Gumuk Pasir

Gumuk pasir menjadi tempat tarikan pengunjung kerana rupanya yang seperti di padang pasir.Di sini terdapat aktiviti best seperti sand skate.Jika anda memerhati betul-betul pada gambar di atas,pasir kelihatan basah kerana hujan.Jika anda berniat untuk berkunjung di sini,pergi semasa cuaca panas untuk mendapat hasil gambar yang terbaik dan untuk melakukan aktiviti.










Pantai Parangtritis

Di sini terdapat aktiviti seperti menaiki dan menunggang kuda di persisiran pantai.Di sini juga kita dapat menikmati angin laut jogja yang menyamankan.Tempat untuk bersantai akan disediakan oleh penjual-penjual di pantai.Gambar di atas menunjukkan jagung bakar yang saya beli dan yang dijual oleh pemilik tempat kami bersantai.








Kali Biru

Salah satu tempat menarik untuk ambil gambar sebagai kenangan,dan tempat berbaloi untuk laman Instagram anda! .Tetapi tidak digalakkan kepada sesiapa yang mempunyai masalah takut dengan ketinggian kerana untuk naik ke tempat bergambar,anda perlu memanjat menggunakan tangga yang disediakan untuk sampai ke atas.Ya,bagi saya amat menggerunkan ditambah dengan semasa naik,menghadap tebing yang tinggi, tetapi akan disediakan tali pinggang untuk tujuan keselamatan.








Pasar Malioboro

Apabila pergi ke tempat orang,sudah pastinya menjadi satu perkara yang harus untuk anda membeli souvenir untuk diberikan kepada kawan-kawan,orang tersayang mahupun untuk kenang kenangan.Oleh itu,pasar malioboro ini adalah tempat yang wajib anda kunjungi untuk membeli souvenir seperti fridge magnet,keychain dan banyak lagi.Selain harga berpatutan dan boleh ditawar,pasar ini dibuka sehingga malam.Oleh hal yang demikian pasar ini dipanggil Pasar Sore Malioboro.


Okay,cukup setakat ini yang boleh saya sampaikan.Saya akan buat lagi entry mengenai tempat tempat di Yogyakarta ataupun Jogjakarta dengan lebih terperinci lagi untuk next entry.Kepada sesiapa yang akan pergi ke sini,saya mengucapkan selamat bercuti :)




No comments:

Post a Comment