Monday, 14 August 2017

Menjadi Volunteer Kuching Marathon 2017

Menjadi Volunteer Kuching Marathon 2017


Assalamualaikum,hai semua..Sabtu lepas, adalah hari untuk Kuching Marathon 2017..wah wah bestnye kan..saya join tapi bukan join lari join jadi volunteer ja hahaha takpelah..tak larat nak lari jauh jauh dengan kepenatan minggu praktikal yang mencabar akal dan minda serta fizikal ni...saya dan kawan kawan seperjuangan dihantar dan menjadi sukarelawan daripada UITM Samarahan,Sarawak..Selain kami,ada sukarelawan dari Politeknik dan banyak lagi.




Ni lah infographic untuk larian tersebut. 42.195KM Full Marathon okay..MasyaAllah jauhnyeee!!!!! naik tangga ke tingkat 8 ja dah tercungap cungap bernafas apatah lagi nak join yang ni memang tak la huhuhu.Dalam infographic di atas ada dinyatakan food station,sponge,medical post..Yang water station tu kami la yang handle.




Baju T juga disediakan untuk dipakai pada hari tersebut..ada wana neon green dan neon pink.Nak sangat neon pink...apakan daya,limited gitu jadi jawapannya tak dapat..oh ya..Kuching Marathon 2017 ni start tengah malam..ada sebab baju ni warna lit dan terang gitu supaya mudah kami yang ditempatkan di tepi jalan untuk nampak pada malam hari.




Gambar di atas merupakan gambar di setiap station..jarak 1 km...Ni la kerja untuk volunteer..tukang agih air kat orang yang join marathon tu sampai tamat marathon...air Revive dan Moma mineral water disediakan di dalam kotak dalam kuantiti yang banyak untuk diberi kepada peserta Kuching Marathon ini..jangan ingat tuang air cmtu je eh..kena ada cara dan teknik dia tersendiri..sebab..yang ambil air tu nanti org yang join marathon tu..so,kita tak boleh expect yang diorang yang berlari tu boleh ambik air tu dengan slow slow dan sopan santun..tidak ye uoolllss! sebab apa saya cakap cemtu? sebab dalam masa diaorang yang join marathon tu lari..diorang takda nak berhenti dan grab air tu..diorang sambil berlari sambil tu la ambik air tu dengan cepat..Jadi,tips nya di sini adalah...jangan susun cup tu rapat rapat..susun jauh jauh..bagi ruang dan jarak yang mencukupi... kang tak pasal pasal pelari tu sapu smua cup atas meja tu hanya mampu berhuhu je nanti ye..




Ni cup yang disediakan untuk diletakkan air isotonik (Revive).Cup dikeluarkan selagi masih ada peserta yang berlari..kalau takda peserta yang lari lagi dan escort yang mengiringi pelari memberi kata putus bahawa takda pelari lagi..maka berhentilah kami daripada membazir mengeluarkan cup lagi...pelari mula datang di station kami pada pukul 2 pagi..masa tu ngantuk gile la!..tengah duduk termenung..dari jauh nampak siren tukang escort mula la mengelabah...diorang yang berlari aku plak yang rasa berdebar wakaka!



Selain air isotonik Revive,kitaorang serve air mineral Moma juga...Ada pelari yang rajin siap berhenti tanya yang dalam cup tu air apa..gigih nau.Siap-siap sedia dalam cup banyak banyak..sebab ramai runner yang akan datang melimpasi water station kami yang comel ni..haha


Pelari terakhir melimpasi station kami pada pukul 4 pagi cmtu la..masa tu smua mata rabak nak tido..dengan nyamuk bagai..huhuhu nasiblah.Selesai kemas kemas dan membersih kawasan station kami..bas pun datang ambil kami dan menghantar kitaorang kat tempat bermulanya marathon tu tadi untuk penutupan Kuching Marathon 2017.Maaf..takda gambar untuk part ni sebab dah hilang fokus sebab ngantuk sangat..Cun pukul 9 pagi.kitaorang balik.

menjadi volunteer Kuching Marathon 2017 merupakan pengalaman yang tidak akan dilupakan..cewah macam karangan subjek bahasa Melayu pulak dah..Eh betol la..walaupun mengantuk seharian dan gatal gatal digigit nyamuk..tetapi dapat pengalaman baru..sebelum ni tak pernah lagi join yang mcm ni..saya harap next Kuching Marathon 2018,InsyaAlllah join lagi tapi sebagai pelari eceh apa apa pun boleh huhuhu! Jumpa lagi next entry.bye







1 comment: