Tuesday 18 September 2018

Borneo Samariang Water Park...Waterpark Pertama Di Kuching Sarawak!

Borneo Samariang Water Park...Waterpark Pertama Di Kuching Sarawak!




Cuti sem yang lepas,aku dan kawan aku meluangkan sisa baki cuti di Borneo Samariang Waterpark,yang terletak di Salak Land District,Jalan Sultan Tengah,Kuching Sarawak.Untuk pengetahuan anda semua,Borneo Samariang Waterpark ini merupakan Water Theme Park pertama
yang dibuka di Kuching,Sarawak..Wow,menarik kan?




Masa operasi Borneo Samariang Waterpark adalah seperti berikut:

Isnin,Rabu,Khamis dan Jumaat:
10.00 pagi sehingga 6.00 petang

Sabtu,Ahad,Cuti sekolah dan public holidays:
9.00pagi sehingga 6.00 petang

Tutup pada setiap hari SELASA kecuali cuti sekolah dan public holidays

Seperti yang dinyatakan brochure yang saya dapat dari BSW,pihak Borneo Samariang Waterpark berhak untuk menguah waktu operasi tanpa mengeluarkan sebarang notis.Maksudnya,diorang boleh je tukar masa operasi tanpa bagitau awal-awal kepada penduduk awam.Manakala harga untuk masuk pula,( Entrance Fee) :

Dewasa (13 tahun sehingga 59 tahun)- RM33.00
Kanak-kanak (90 cm sehingga 12 tahun) -RM 23.00
Kurang daripada 90 cm ,masuk adalah PERCUMA
Warga Emas (60 tahun ke atas)- RM23.00

Masa dalam waterpark ini nanti,kita tidak dibenarkan untuk membuat pembelian dengan menggunakan wang.Sebab,risau akan kehilangan wang ringgit.Jadi,sistem E-Value digunakan untuk sebarang pembelian di dalam waterpark.

Wristband yang ada barcode untuk E-Value,bila nak beli nanti just scan je code tu.


Apa itu E-Value? E value adalah jumlah tunai yang dimasukkan ke dalam wrist band anda mengikut jumlah yang anda perlukanSegala urusan penyewaan kemudahan pelampung,locker dan cabana serta pembelian akanan dan minuman adalah melalui E value sahaja.

Contoh: RM38 untuk semua permainan,sekiranya anda ingin menyewa locker,pelampung dan cabana serta membeli makanan dan minuman,anda perlu menambah nilai ke dlam barcode wristband anda.Nilai yang anda masukkan itu adalah E-Value.E-Value untuk di isi adalah RM50,RM100 dan RM200.Jangan risau,baki E-Value yang tidak digunakan akan dikembalikan di kaunter.

-Untuk Penyewaan-
1.Single Tube (RM15.00) +Deposit (RM10.00) = RM25.00
2.Double Tube (RM20.00) + Deposit (RM10.00) = RM30.00
3.Locker Large (RM25.00) + Deposit (RM10.00)= RM35.00
4.Locker Medium (RM 15.00) + Deposit (RM10.00) = RM25.00
5.Children Life Vest (RM20.00) + Deposit (RM10.00) = RM30.00
6.Towel (RM10.00) + Deposit (RM10.00) = RM20.00
7.Beach Volleyball (RM10.00)+Deposit (RM10.00) = RM20.00
8.Cabana (RM48.00) + Deposit RM (10.00) = RM58.00

Untuk mendapatkan deposit semula,barangan yang disewa mestilah dikembalikan dalam keadaan yang baik.

Tempat menyewa pelampung-pelampung.



Tempt Locker untuk menyimpan barang.Sini menggunakan sistem barcode,scan barcode anda kat machine ni,nanti locker korang akan terbuka sendiri.Tak tahu cara nak pakai? jangan risau,sangat mudah dan ada steps disediakan untuk dijadikan sebagai rujukan.



Cafe yang bertentangan dengan tempat menyewa locker dan pelampung...


Tadaaa! sebelum bersuka ria sila-sila la baca map ni dengan teliti dulu,nanti takda la ter missed permainan yang ada hehe! jangan sesat sudahla ye...



Di sini ada Hornbill Island,Salak Beach,Santubong Tower dan corporte Function Area..Mari kita baca satu per satu permainan yang ada...



Di sinilah yang dinamakan Hornbill Island..It is more than what you see ye sbab excited sangat masa tu main snap je huhu.Di sini ada kids slides,Leisure pool,aqua play,Mount mulu clear water river dan mount mulu cave...Yang jenis suka relax2 je tu yang lebih suka baring atas pelampung sambil dibawa arus air yang membawa anda pusing satu Hornbill Island sangat recommended untuk anda.Kalau lapar,ada je Hornbill pavillion yang berdekatan.


Okayy,yang ni saya rasa bestt sangat daripada tempat lain..di sini ada Family Raft ride,di mana korang boleh naik sampai 6 orang untuk masuk ke dalam slide yang tinggi dan panjang...makin ramai makin syiok! Selepas itu ada 6 Lane Racer di mana anda meluncur secara meniarap.Bermacam jenis slide yang ada di santubong tower ni sperti Sky drop Ride,Crystal Slid,Galaxy Slide dan Canopy Slide.

Gambar Santubong Tower yang dimambik dari cafe.Best kan!

Gambar dari atas Santubong Tower,diceriakan dengan slides yang bewarna warni!

Ini pulak merupakan 6 lanes Racer,wuuu saya yang jenis extreme ni pun mengigil je rasa.Tak sesuai untuk penghidap asma,kanak-kanak dan ibu mengandung ye...



Salak Beach wave pool...siapa kena suka lambung ombak tu korang mesti enjoy kat sini..Best!



Buat sesiapa sahaja yang datang ke Kuching sama ada anda melancong,tengah cuti ,tengah bosan atau tak tahu nak bawa family have fun kat mana? Marilah ke Borneo Samariang Waterpark .The first Water theme Park in Kuching gituuu!!! pasti korang enjoy! Baiklah,sampai sini saja entry kali ini..jumpa next entry okay..byebye






















No comments:

Post a Comment