Thursday, 20 July 2017

Kebaikan Aloe Vera

Kebaikan Aloe Vera/Lidah Buaya

Assalamualaikum, Hai semua..hari ni nak cerita tentang kebaikan..pokok Aloe Vera atau juga dikenali sebagai pokok Lidah Buaya..Bila baca di surat khabar,media sosial dan tengok video-video di Youtube..banyak juga sebenarnya kebaikan pokok Aloe Vera ni..Kebanyakan video-video di youtube saya tengok diaorang pakai gel aloe vera untuk kecantikan muka..perawatan kulit dan sebagainya.Tetapi tak semua orang sama ye..sebab ada sesetengah orang tak kena pakai ni..saya pernah membaca kat satu page kecantikan ni..dia
cuba aloe vera di pergelangan tangan dia tiba tiba gatal-gatal dan macam burn.Jadi hati hati lah ye...



Tadaaa! Inilah  pokok Aloe Vera/Lidah Buaya..kalau tak betul penjagaan dia boleh mati tau..Jadi,sesiapa yang ada tanam pokok ni jaga baik baik tau,jangan suka hati je potong dia punya batang tu…kerana satu batang salah potong.mati satu pokok tu...*pernah terjadi kat saya sendiri* :D 




Ni pulak dia dah beranak banyak-banyak hehe sampai tak cukup tau satu pasu tu..Yang kecik-kecik tu akan membesar..jadi apa tunggu lagi kena alih ke satu pasu baru lagi la jawabnya




Inilah rupa batang pokok aloe vera setelah dipotong.Nampak tak yang lendir-lendir pada batang pokok tu? haa itulah gel aloe vera yang banyak kegunaan dalam kehidupan seharian manusia.




Inilah rupa jel aloe vera/lidah buaya setelah ditarik pakai sudu..lepas saya habis letakkan semua gel tu ke dalam bekas,saya letakkan ke dalam peti sejuk supaya nanti nak pakai rasa sejuk,nyaman dan selesa je ewah.



Banyak tau kebaikan pokok ni sebab tu pokok ini org putih cakap "a miracle plant".Antara kebaikan-kebaikan pokok aloe vera/lidah buaya adalah:



1.Membuatkan muka segar dan anti penuaan.
Setiap pagi,jadikan rutin untuk sapukan gel aloe vera di muka.Gel aloe vera akan membuatkan muka kita terasa segar fresh gitu.

2.Mengurangkan dan menghampuskan jerawat & parut jerawat.
Ada jerawat kat muka? jangan risau..sapukan je gel aloe vera ni kat muka sebelum tidur...kalau nak nampak keberkesanannya..rajin rajin lah ye buat hari hari..jangan buat sekali je dan expect esok terus hilang ehh jangann huhu

3.Menghapuskan whitehead dan blackhead .
Hidung memang tak jauh dari whitehead dan blackhead kan..geram rasa nak pakai magnet je untuk tarik semua tu *kalau la dapat*...Sapukan jel aloe vera di hidung dan tunggu 15 minit lepas tu basuh dengan air..lepas tu memang rasa whitehead dan blackhead berkurangan.

4.Merawat kulit sunburn.
sunburn memang sakit & pedih kan kadang-kadang..kalau yang bertudung tu buka je tudung haa dah macam tikar berbelang..Sapu jel aloe vera ni kat muka..Letakkan gel aloe vera dalam peti sejuk nanti nak sapu kat muka best..muka rasa sejuk je..buat selalu InsyaAllah sunburn reda..

5.Penyubur dan mencegah rambut rosak.
Gel aloe vera ni jugak mengandungi banyak vitamin kecuali vitamin D.Untuk memiliki rambut yang berkilau,cantik dan tebal,sapukan gel aloe vera ini di rambut selepas membasahkan rambut guna air..biarkan beberapa minit dan bilas.

6.Sebagai minuman 
Selain faedahnya yang sering digunakan pada kulit,gel dia tu boleh dijadikan sebagai bits dalam minuman.Kebaikan minum air yang mengandungi gel aloe vera ni boleh menyingkirkan kotoran di dalam usus kita..Apabila usus bersih,tiada lagi masalah membuang air besar.


Okay uollss..saya harap dengan apa yang saya kongsikan tentang pokok aloe vera/lidah buaya ini dapat memberi faedah kepada pembaca blog saya sekarang ni..sharing is caring ye dokk hahaha okay babai.



No comments:

Post a Comment