Madu Kelulut
Assalamualaikum,hai semua…hari ni nak buat entry tentang madu kelulut.Apakah itu lebah kelulut? Lebah kelulut adalah sejenis serangga seperti lebah lain yang menghasilkan madu tetapi berbeza saiz.Kelulut tidak mempunyai penyengat seperti lebah lain,saiznya juga agak kecil berbanding lebah yang lain.Saiz kelulut sebesar lalat.Madu yang dihasilkan kelulut
rasa sedikit masam jika dibandingkan dengan rasa madu lebah yang lain.Rasa madu kelulut masam-masam manis.
rasa sedikit masam jika dibandingkan dengan rasa madu lebah yang lain.Rasa madu kelulut masam-masam manis.
Madu kelulut memiliki banyak khasiat dan lebih banyak kebaikannya jika dibezakan dengan madu lebah yang lain.Madu kelulut mengandungi
Kebiasaanya lebah-lebah membina sarang mereka di dahan pokok,tetapi lebah kelulut membina sarang di dalam tunggul kayu ataupun di dahan pokok.
Ni adalah blok kayu yang dibeli daripada peternak lebah kelulut.Harganya agak tinggi memandangkan kayu jenis ini agak sukar untuk didapati dan kualitinya yang bagus.
Ni adalah saluran untuk lebah kelulut masuk ke sarangnya.
Ini pula adalah pintu masuk kelulut pada kayu blok yang lain.
Ini adalah rupa setelah blok dibuka penutupnya.Banyak lebah kelulut sedang meletakkan madu madu nya ke dalam sarang.Fungsi plastik yang menutupi ini adalah supaya serangga atau musuh-musuh tidak memasuki ke dalam sarang.
Ini pula adalah rupa sarang kelulut setelah plastik untuk menghadang dibuka.. Seperti di dalam gambar…lebah kelulut membina tempayan lilin yang bentuknya seakan telur untuk meletakkan madu mereka di dalam lubang tersebut.
Rupa dan tekstur madu kelulut asli.Kelulut juga ada banyak jenis.Ada sesetengah jenis kelulut menghasilkan madu yang jernih.Untuk gambar di atas ni,warna agak sedikit gelap.
Selesai menyedut madu dari sarang kelulut.madu ni...akan disimpan ke dalam botol.Supaya mudah untuk digunakan.Oh ya,jangan lupa..kalau nak makan madu makan pakai sudu plastik atau kayu ye.Kerana, kayu dan plastik merupakan penghalang dan sangat lemah dalam mengalirkan cas electron.Madu kaya dengan mineral dan zat vitamin yang banyak dan mengandungi cas electron atau tenaga.Jadi,jika kita menggunakan sudu besi untuk mengambil madu,sebahagian tenaga hasil madu tersebut akan mengalir ke dalam sudu besi tersebut.
Ini adalah bunga yang dikenali di kalangan penternak lebah kelulut.Bunga ini digelar “bunga pengantin” atau “bunga kismis” .Pada bunga inilah lebah kelulut sentiasa berkeliaran untuk mengambil madu pada setiap pagi.
Penampakan lebah kelulut yang berkeliaran untuk mengambil madu.Biasanya,lebah kelulut akan berkeliaran pada waktu pagi dan mula berkurangan pada waktu petang.Untuk pengetahuan anda semua..lebah kelulut tertarik dengan warna hitam..
Antara kebaikan madu kelulut:
-Untuk menyembuhkan batuk
-Memperkuatkan ingatan
-Menaikkan seri wajah
-Melembabkan kulit
-Mencerdaskan minda dan mencergaskan otak
-Mengurangkan risiko darah tinggi
-Menyembuhkan luka
-Menyelesaikan masalah sembelit
Banyak kebaikan madu kelulut yang tidak diketahui..Selain kebaikannya yang banyak, madu kelulut juga sedap dengan rasanya yang masam masam manis..Saya harap dengan perkongsian saya tentang madu kelulut ini akan menarik minat anda semua untuk mencuba madu kelulut bahkan untuk menternak madu kelulut sendiri...untuk yang minat berbisnes tu boleh lah cuba jual madu kelulut.Okay jumpa lagi next entry.
Baru saya tau kelebihan madu kelulut.
ReplyDeleteThanks kongsi ni.
sama sama :D
Delete