Berita baik untuk orang Kuching! Kini,ada tarikan terbaru iaitu Fantasy Lighting Festival yang kini berada di Saradise BDC dan Metro Matang.Sebelum ini,Fantasy Lighting Festival yang bermula dari Miri,ke Oceanus Kota Kinabalu,dan sekarang pula Fantasy Lighting Festival berada di Kuching! Kali ini Fantasy Lighting Festival membawa tema tahun baru
yang dipenuhi dengan vibes Tahun Baru Cina dan Valentine day! yang akan datang. Untuk pengetahuan anda,Fantasy Lighting Festival ini telah menarik kira kira 1 juta orang yang telah berkunjung di tempat yang unik dan menarik ini.Menarik kan?
yang dipenuhi dengan vibes Tahun Baru Cina dan Valentine day! yang akan datang. Untuk pengetahuan anda,Fantasy Lighting Festival ini telah menarik kira kira 1 juta orang yang telah berkunjung di tempat yang unik dan menarik ini.Menarik kan?
gambar tiket masuk ke Fantasy Lighting Festival |
Tempat : Saradise BDC dan Metro Matang Kuching,Sarawak.
Tarikh: 24 Januari sehingga 24 Februari 2019
Masa operasi : 5 petang sehingga 11 malam.
Entry per person : RM5
Apa yang menariknya tentang Fantasy Lighting Festival ini adalah terdapat banyak lampu yang bewarna warni seperti "string lights",bunga,dan macam macam lagi yang terdapat di Fantasy Ring Light ini.Jika korang jenis kaki gambar dan selfie,tempat ini sangat sesuai untuk korang! Dengan lampu yang beraneka warna dan banyak bentuk dan rupa yang menarik dapat buat gambar korang nampak stylo dan ala ala instafamous gitu hehe!
Jom,saya kongsikan sedikit gambar dan suasana dari Fantasy Lighting Festival yang pertama di Kuching ni.Tempat yang saya kunjungi ini adalah tempat kedua,iaitu Saradise BDC,Kuching.
Barisan lampu bunga yang memenuhi ruang jalan.Rasa macam di taman bunga pulak,bezanya bunga ni berlampu dan menaikkan lagi seri Fantasy Lighting Festival ni hehee..Ingat ya! tidak dibenarkan untuk masuk ke dalam barisan bunga ni ye,dikhuatiri akan merosakkan kedudukan bunga-bunga ni.
Lampu-lampu string lights yang dihias seperti terowong.Mesti banyak kan string lights yang digunakan untuk membuat ala ala terowong ni.Berapa centimetre panjang string lights yang digunakan ni ye? mesti panjang,sebab terowong ni boleh tahan panjangnya.
Gambar dari Facebook Fantasy Lighting Festival |
Nice to see and to take pic tapi tidak boleh masuk ke dalam tu ye,kang roboh satu hiasan tu habisssss...hahhahaa.Tanda caution ada di mana-mana ye,ikutlah peraturan tempat ini ye untuk keselamatan bersama.
Gambar dari Facebook Fantasy Lighting Festival |
Gambar dari Facebook Fantasy Lighting Festival |
Yang ni kira spot gambar yang laku kerasss which mean yang banyak orang tunggu turn untuk gambar kat sini.Ala-ala diterangi cahaya bulan gitu! Kena fikir pose awal-awal ni hehe!
Gambar dari Facebook Fantasy Lighting Festival |
Selain daripada lampu-lampu ni semua,ada jgak ye mascot bumblebee,spiderman,batman yang tunggu korang semua di kawasan ni.Boleh la budak-budak bergambar sebagai kenang-kenangan gitu hehehe....
Dari pengalaman saya yang telah berkunjung ke sini,waktu saya ke sini tanah kelihatan becak disebabkan hujan.Oleh kerana tempat ini bertanah, jadi, sedialah plastik untuk korang yang jenis sayangkan kasut dari kotor.Masa masuk tu akan ada orang jual plastik.At first,hairan plastik tu untuk apa,bila tengok kanan dan kiri ohhh rupanya diorang jual plastik untuk sarung kaki diorang guna plastik untuk elakkan dari terkena kotoran tanah.Kreatif!!!
Baiklah,so far Fantasy Lighting Festival ni sangat sesuai untuk korang yang mencari ilham dan tempat yang menarik untuk bergambar.
Fantasy Ligting Festival ni akan melabuhkan tirainya di Kuching pada 24 Februari 2019.Jadi apa tunggu lagi? Jom berkunjung ke sini untuk orang Kuching sekalian dan yang berkunjung di Kuching sekarang ni!
Untuk info lebih lanjut mengenai Fantasy Lighting Festival ini,sila lawati Facebook : Fantasy Lighting Festival. Sekian,ini sahaja untuk entry kali ni,jumpa lagi next entry! bye :D
No comments:
Post a Comment