Senarai Tempat Makan Western Bajet dan Berpatutan dan Terbaik di Kuching
Anda berada di Kuching? Tengah mengidam makanan western? Mencari-cari tempat makan western? Nak yang bajet dan murah? Ya,memang banyak tempat makanan western di sekitar Kuching ini.Namun begitu, tak semua yang harga berbaloi dan berpatutan.Kadang-kadang ada yang sampai mencecah ratusan ringgit tapi rasa macam tak sampaii! Tadaaa saya akan senaraikan tempat makan western yang murah berbaloi dan save budget gitu! Berikut merupakan senarai tempat makan western yang berpatutan dan terkenal di sekitar Kuching.
1. Toko Daging.
Gambar dari Facebook: Toko Daging |
Baca nama kedai pun dah dapat hint dah yang kedai ni menjual sesuatu yang berkaitan dengan daging.Di sini,makanan western mereka more to grilled seperti Grilled Lamb chop ada,beef ada chicken chop lagilaa ada.Bermula dengan sebuah cawangan di Gita,Kuching,sekarang Toko daging telah membuka cawangan yang kedua di jalan Satok! Selain daripada menjual grilled,toko daging juga menyediakan menu sampingan seperti Mi Kolok dan Nasi Lemak.
Alamat:
Lorong 2 TAMAN MAWAR KAMPUNG GITA
Kuching, Malaysia.
&
Jalan Satok.
Masa operasi :
6.30 pm - 11.30 pm
No Telefon:
0168000634
0128536136
FB: TOKO DAGING
2. Kasturi 7
Gambar dari Facebook & Instagram : Kasturi 7 |
Kasturi 7,yang telah lama membuka cawangannya dan kini telah membuat comeback dengan makanan western sampai viral dalam Facebook!.Sekarang,Kasturi 7 ini kira trending dalam facebook.Setiap kali saya nak datang ke sini mesti dah ramai orang.Nampak tak penangan Kasturi 7 di situ? Jadi,kena booking awal-awal lah ye sebelum datang ke sini. Selain daripada makanan western, Kasturi 7 juga menyediakan makanan tempatan mengikut citarasa warga Kuching.Pada bulan puasa pula,Terdapat buffet iftar dan juga jualan lauk pauk tempatan pada waktu petang,tapi ni pada bulan puasa je ye! Apa yang hot dan menjadi pilihan pelanggan kedai ini adalah,set dulang yang menyediakan serta air dalam jug yang dikira berbaloi dan murah!
Alamat :Cafe Kasturi 7, Lot 384, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak
Masa operasi:
6.30 pm-11 pm
No telefon:
0168592144
FB: Kasturi 7
3. Al-hassan Cafe
Gambar dari Facebook : Al-Hassan Cafe |
Terletak bersebelahan dengan Kasturi 7,Selain daripada menjual makanan western, Al hassan juga menyediakan masakan arab dan menu-menu lain pun ada terdapat di sini,seperti kue tiaw kantonis dan sebagainya.Boleh la kalau nak ajak kawan atau family yang tak sangat tekak western tu,so diorang boleh cuba masakan lain selain daripada western .Selain itu,kedai ini juga menerima tempahan untuk katering.Kalau berminat untuk menempah,bolehlah hubungi kafe Al-Hassan ni ye!
Alamat:
Tingkat Bawah,Lot381,Wisma Polarwood,Seksyen 5,KTLD,Jalan Staok
Kuching, Malaysia
Masa operasi :
5 pm - 12 am
FB: Al-Hassan cafe
4. Sport cafe
Gambar dari Facebook: SportsCafe Kuching |
Western ada,korean ada,arabian pon ada! Menu lain? Pun adaa! Itulah kelebihan cafe yang terkenal dengan makanan western dan korean fried chicken yang telah viral di facebook! Di sini,korang akan pasti dapat tengok siaran bola,nama pon sport cafe kan? Kena la ada ciri ciri sport tu kan! Geng kaki bola tu,jemput serbu sport cafe sekarang! Hehee. Di sini,menu top adalah korean spicy fried chicken.Paling litt kalau add on cheese memang menjilat jari lah.
Alamat:
Ground Floor, Sublot 5, Lot 14489 Section 65 KTLD, Matang HUB, 4 Miles, Jalan Matang
Kuching, Malaysia
Masa operasi:
8am-11.59pm
Ahad 5pm-12 am
FB: SportsCafe Kuching
Jadi,apa tunggu lagi! Jom kita serbu! Heee!.Untuk sebarang pertanyaan dan maklumat mengenai kedai-kedai western yang saya kongsikan di atas,sila hubungi atau layari laman Facebook yang saya kongsikan di setiap gambar di atas.Saya harap dengan entry saya kali ini dapat membantu anda untuk mencari tempat makanan western yang berpatutan dan terbaik di sekitar Kuching ini! InsyaAllah saya akan tambah lagi entry ini pada masa akan datang ye! Sekian itu sahaja dari saya,jumpa lagi next enty.Assalamualaikum! :D
This comment has been removed by a blog administrator.
ReplyDelete