Tuesday 12 November 2019

Resepi Senang dan Mudah Mozzarella Corndog Viral



Resepi Senang dan Mudah Mozzarella Corndog Viral




Corndog sekarang ni tengah viral di Facebook,instagram,Twitter dan banyak lagi.Manakala di Youtube pula,banyak video Mukbang dan ASMR buat video makan corndog ni! Sekarang corndog fever ni dah masuk Malaysia haha! Dan orang jual corndog pun banyak macam cendawan tumbuh selepas hujan,harga pun boleh tahan! 

Tapi ada sesetengah orang termasuk saya,lebih suka buat sendiri! boleh makan puas-puas hehe! Jadi hari ni,saya nak kongsi resepi senang dan mudah corn dog viral.Bahan-bahan dan cara buat sangat senang dan mudah! Jom!






Bahan-bahan:
-Tepung gandum dua cawan*
-Yis roti satu sudu teh*
-Gula 1 sudu teh*
-Garam setengah sudu*
-Telur 1 biji*

-Lidi/chopstick
-Sosej
-Mozarella cheese 200g
-Breadcrumbs warna oren
-Mayonis
-Sos cili
-Sos cheese


Cara-cara membuat mozzarella corndog:
  1. Campurkan semua bahan-bahan yang bertanda * dan gaul sehingga sebati.
  2. Rebus atau goreng terlebih dahulu sosej yang sudah dipotong dua.
  3. Potong mozzarella cheese kepada bentuk cube.
  4. Cucuk sosej dahulu,diikuti dengan mozzarella cheese yang sudah dipotong tadi pada lidi atau chopstick.
  5. Letak adunan ke dalam gelas atau bekas yang panjang dan celup satu persatu lidi atau chopstick yang sudah diletak sosej dan mozzarella cheese dan segera golekkan ke atas breadcrumbs.
  6. Pastikan minyak panas,dan letakkan ke dalam kuali.Sentiasa gulingkan corndog pada smua bahagian semasa menggoreng.
  7. Toskan, dan letakkan mayonis,sos cili dan sos cheese dan mozarella corndog sedia untuk dihidangkan!

Mozzarella cheese yang ditarik masa panas-panas fuh! puas hati je rasa bila dapat tarik!


Senang dan mudah kan resepi mozzarella corndog yang viral ni? saya harap entry saya pada kali ini dapat membantu anda yang tengah mencuba untuk buat corndog ni! All the best ye! dan jangan lupa comment di bawah kalau dah cuba resipi ni! 




No comments:

Post a Comment