Wednesday 6 January 2021

Aiskrim Gulapong Bubble Milk Tea Kuching Waterfront

Aiskrim Gulapong Bubble Milk Tea Kuching Waterfront


Kalau di Melaka terkenal dengan gula Melaka, manakala Pahang pula terkenal dengan gula Kabung,maka Sarawak pula terkenal dengan gula Apong.Gula Apong dibuat dari nira pokok Nipah.Pokok Nipah memang banyak terdapat di sungai-sungai Sarawak.Padanlah gula ini terkenal di Sarawak.

Gula Apong bukan hanya semata-mata gula,banyak resipi yang menggunakan gula apong,contohnya kuih keria Gula Apong,kuih penyaram atau cucur jawa,bahkan dijadikan sebagai perisa ais krim pun ada!.

Cerita pasal aikrim pula,sekarang saya nak cerita serba sedikit tentang kedai di Waterfront Kuching yang ada jual ais krim gula apong.Ais krim gula apong ini memang sangat famous di Kuching, bukan setakat aiskrim gula apong sahaja,berbagai pilihan seperti aiskrim bubble tea,air bubble tea dan sebagainya! 



Meriah tau pearl a.k.a bubble dia bagi.Selain topping pearl,korang boleh pilih yang lain selain daripada pearl a.k.a bubble,seperti oreo crumbs,peanut dan banyak lagi.Pearl dia pun okay,chewy and nice gitu,tak macam typical pearl kita beli kat pasar malam.






Kalau tak nak berbaris panjang,sila-sila lah datang awal ye! Sebab, confirm ramai yang datang membeli,sebab kedai ni merupakan tarikan utama pengunjung yang datang berhujung minggu di Kuching Waterfront.





"It's not just a bubble tea" yess! ice cream pun ada ye! more than that!








Yang paling famous kat kedai ni! Kiranya signature gitu! Korang kena try yang ni! memang mantap! serious tak tipu.Ianya merupakan gabungan Ice cream gula apong,milk tea dan pearl.Harga untuk large cup ni RM8.50.Pastuu boleh santai-santai makan ice cream sambil menikmati keindahan jambatan Darul Hana di Kuching Waterfront!



Jom saya share sedikit info untuk korang yang nak try!
Tempat : Bus stop Waterfront Kuching. (Depan jambatan Darul Hana)
Masa Operasi : 12 Tengahari - 12 Pagi
Buka setiap hari


Bolehla cuba sekarang,terutamanya korang yang nak datang bercuti di Kuching Sarawak,saya recommend tempat ni! Boleh rasa keunikan gula apong gitu! Apa-apa pun,sila patuhi SOP dan kerap basuh tangan dan stay safe walaupun di mana saja anda berada! Sama-sama kita putuskan rantaian Covid-19! Kita jaga kita! Jumpa kat next entry! Byee.
















No comments:

Post a Comment