Saturday 29 July 2017

Spicy Korean Burger sedap ke?

Spicy Korean Burger sedap ke?


Assalamualaikum hai..hari ni hari sabtu..selamat berhari sabtu semua…berhari sabtu pon boleh hahaha.Sabtu mesti ada je plan kan,picnic dengan family la,jumpa kawan lama la,main bowling la *takde game lain ke nak disebut* dan macam macam lagi! Ada yang bekerja hari sabtu..Selamat bekerja ye.


Hari ni rasanya takda plan.Jadi nak plan keluar dengan kawan untuk cuba burger Mcd yang
terbaru..ala yang selalu iklan why so drama tu..siap ada lakonan ala ala Kdrama gitu..and buat kita tertanya-tanya jugak kan..apela yang buat perempuan tu menangis dalam iklan tu *dah tau..alaa burger la tu!*


Okay…sekarang Mcdonald’s Malaysia ada keluaran burger terbaru..iaitu..Spicy Korean Burger..wah,menarik bukan? Okay jdi saya nak cuba.


Tadaa..1 set Spicy Korean Burger..Ada burger,air frozen,and chip in.Harga? Untuk combo set ni RM15.99.Ala carte pulak RM12.99.



Sebelum ni saya ingat dia punya tekstur macam ketang padahal sangkaan aku salah belaka.Tekstur dia macam keropok/kerepek.Bila dimakan..crunchy gittew.Bolehla makan dengan apa jua cara sekalipun.nak letak dalam burger ke buat cicah dengan sos ke pun boleh ye.Ikut selera korang la! Kalau saya nak makan cmtu jak sebab nak menghayati betul betul rasanya *cewah* ehh why not la kan hehe.


Dalam spicy korean burger tu ada apa? Dalam spicy korean burger ni ada sayur,cheese dan beef.Roti,hitam.Rasa roti? Rasa roti la,jangan risau nampak macam arang rasa tak macam arang pon ahahaha eh jangan gelak tau sebab kawan saya ada je yang tak nak makan burger ni sebab warna roti tu hitam. Tak ada feel burger tu katanya.tak cuba tak tau kan dah cuba pasti mahu.


Sedap ke Spicy Korean Burger ni? Rasa dia sedap.pedas..ye memang pedas….macam letak cili je dalam beef tu..tapi sedap la,sesuai untuk orang yang mengemari makanan pedas pedas ni…kalau yang jenis tak tahan pedas tu..baik jangan order burger ni lah ye ,ambik la double cheese burger ke apa ke… ni jangan.sebab pedas…serious pedas *ke aku yang tak tahan pedas ni hoho* okay kalau jenis tak tahan pedas tapi nak jgak makan camne? Air ambik dua.masalah selesai..sebab masa makan ni serious air satu tu tak cukup! Suruh kawan pergi bawah order lagi satu air frozen wakaka menyusahkan betul la.


Okay..kalau belum cuba tu bolehla pergi serang mcd yang berdekatan.Rasa sendiri…kalau korang tak rasa seperti apa yang saya share ni sorry lah ye..nak kongsi je apa yang saya rasa hehe! Hah! Yang dah cuba tu share-share la kat comment apa pendapat korang pasal burger keluaran terbaru Mcd Malaysia ni! Hehe! Okay jumpa lagi next entry.Bai


8 comments:

  1. singgah dr segmen yg sama..gud luck
    https://umifuzy.blogspot.my/2017/07/chocolate-fan-giveaways-by-sii-nurul.html

    ReplyDelete
  2. Haritu kat twitter ada cakap tak pedas. Confuse. Tapi saya pon tak tahan pedass. arang tu macam pewarna je, takda efek rasa langsung.

    // afifahaddnan : "Rate My Blogging Skill"

    ReplyDelete
    Replies
    1. saya pon confuse,tapi bagi saya pedasss huhuhu

      Delete
  3. Kinah pun dah cuba. Memang sedap Tapi frust sebab air dapat air coke dengan fries biasa je huhu. Btw jemput join segmen kinah
    https://ape-kinah.blogspot.my/2017/08/segmen-blogwalking-merdeka-by-love-is.html

    ReplyDelete
  4. Wow. Mcm sedap jer makanan tu. out of 10 stars.. nak bagi berapa? Nanti sy nak try gak lah. ๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹๐Ÿ˜‹

    ReplyDelete
  5. Dah makan bberapa kali ni. kdg pedas. kdg x. lidah sy ke yg problm. hihi

    ReplyDelete
  6. kentang sedap. burger tak sangat. huhu.

    ReplyDelete