Thursday 22 August 2019

Beli Kasut Nurse Dari Online Shop Shopee!..Review!



Beli Kasut Nurse Dari Online Shop Shopee!...Review!




Hai pembaca blog buku pinky sekalian! Terima kasih kerana sudi melawat blog saya.Pada entry kali ini saya akan kongsikan review tentang kasut nurse yang saya beli dari online shop di Shopee.


Bila bekerja ,sudah pasti anda mengingikan kasut yang selesa,nyaman dan berkualiti kan,apatah lagi pekerjaan yang perlu banyak bergerak ke sana dan sini ataupun bediri dalam tepoh masa yang lama.

Pada minggu yang lepas,saya beli kasut nurse dari kedai kasut yang dikenali ramai.Masa cuba kat kedai,selesa dan nyaman pula,bila sudah dipakai,malangnya kaki saya melecet! Dan rasa seperti mencengkam kaki. Untuk hari pertama,saya masih fikir positive “mungkin kasut masih baru kot,biasalah tu shoes bite”.Hari berganti hari,still sama! Maka saya pun membuat keputusan untuk  membeli kasut yang baru,terasa membazir pula,tapi saya simpan je untuk jadi spare sebab kita tak tahu apa mungkin terjadi hehe! Okay tak jadi rasa membazir.

 Terfikir untuk beli di Shopee,sebab banyak kawan saya beli dari situ dan harga lebih murah berbanding seller di onlineshop Facebook dan Instagram.Dan design dia smart dan cantik,tumit berupa airmax dengan tali strap supaya setiap langkah anda secure gitu! So jom start review!







Online shop yang saya pilih adalah theredboutique.Dalam hal ni,kena pandai-pandai la yer luang sikit masa tu untuk “menapis” harga.Sebab sesetengah onlineshop jual lebih mahal dari harga range yang dijual di kebanyakan online shop.

Kalau anda jenis jimat masa,tap dan terus beli pun takdahal,ikut kemahuan anda lah ye! Sis bagi tips je hihi! .Selain daripada filter harga,sila tengok penilaian kedai juga ye! Sebab,dari penilaian onlineshop tersebut, kita dapat tengok sama ada seller tu okay ke tidak.Untuk onlineshop yang di atas ni,semua sudah saya check,kebanyakan penilaian yang diberikan daripada pelanggan adalah lima bintang,paling sedikit pun lima bintang (mungkin sebab lambat sampai)






Kasut nurse yang saya beli dari onlineshop Shopee.Variasi warna ada putih sepeti gambar di atas,hitam,Black  white dan Grey white.Setakat ini,variasi warna Putih dan warna hitam yang selalu out of stock.Jadi,rasa bertuah sedikit la sebab sempat beli masa stock masih ada hehe.Kalau tidak,terpaksa tunggu,sebab nak design yang macam ni jugak! Haha.

So far,rasa berpuas hati sebab apa yang saya tengok dalam gambar,sampai di tangan saya sebijik macam dalam gambar,dalam erti kata lain,tidak indah khabar dari rupa hehe!



Nama onlineshop : theredboutique
Harga kasut : RM38.00
Postage : RM 7.69
Saiz kasut yang dibeli :42 bersamaan dengan 26cm *(dan sekali lagi rasa lucky sebab saiz kaki saya available sebab mostly onlineshop tidak mempunyai saiz besar huhuhu)






Seperti biasa,kena pada harga,kasut ni tidak mempunyai tapak kasut di bahagian dalam.Mungkin untuk anda ianya tidak menjadi masalah besar,saya juga turut rasa macam tu.Tapi bagi saya,lebih cantik mata memandang kalau mempunyai tapak kasut di dalam,sebab tapak dalam kasut ni putih,jadi rasa sayang pula bila tengok tapak yang putih bersih ni akan betukar warna suatu hari nanti haha! Saya pasti anda tahu apa yang saya maksudkan hehe!

Jadi,untuk hal yang demikian,saya beli sendiri tapak kasut untuk dalam kasut ni.Saya beli di Daiso kerana lebih murah hanya beharga RM5.60 berbanding kedai kasut sampai Rm20+. Rasa keselesaan tapak kasut tersebut sama sahaja,dari situ,kan lebih jimat!







 First day pemakaian be like.Ehee! So kasut ni senang,on the go je sebab tali dia jenis strap dan lebih secure bila begerak sebab kasut ni bertali yang merupakan salah satu sebab kenapa saya pilih design ini,selain bentuk airmax di tumit supaya provide langkah yang selesa dan yang paling penting nampak lebih tinggi haha!







Putih dan bersih ye first day pakai.Indahnya dunia kalau kasut hari hari dan kekal sampai bila bila putih bersih macam ni je,tapi tu semua hanya mimpi,nak tekan brake katil patient je dah kotor uolls huhu tsk tsk!

Okay, kesimpulannya,ewah dah macam ujian penulisan kertas Bahasa Melayu pula ye.Okay serious! So far,saya sangat bepuas hati dengan pembelian kasut di Shopee walaupun ini adalah first time saya beli kasut di Shopee. Sebelum ini hanya berani beli barang lain tapi bukan kasut sebab takut salah size,saya pasti bukan saya sorang je yang takut salah saiz kasut lebih-lebih lagi bila beli online.Kasut juga ringan dan selesa bila dipakai.

Selain tu,masa penghantaran juga cepat dan seperti yang dijangka.Isnin order,Khamis sampai.Wow gitu.Seller juga friendly dan fast reply.Well recommended sangat untuk sesiapa yang mencari kasut seperti ini di shopee.Suka sangat! Sis bagi limaa bintang!

Sedikit tips untuk dikongsikan semasa beli kasut online:
  • Kalau onlineshop tu bagitau untuk pilih size kasut 1cm besar dari yang anda biasa pakai,maka…ikutlah kata seller tu ye,sebab dia lagi tau,lebih-lebih kalau barang pre order,mungkin size berlainan sikit.
  • Untuk ketepatan size kasut yang hendak dibeli, lukis kaki anda pada kertas A4 dan sukat guna pembaris in cm.InsyaAllah dengan cara ni,tepat sangat size yang di order.Cara ini yang saya guna kalau nak beli kasut online.So far,semua size betul dan ngam sangat!



Baiklah,itu sahaja yang hendak saya kongsikan,saya harap review kasut saya ni membantu anda semua sekiranya korang mencari kasut design yang sama seperti gambar yang saya kongsikan di atas.Kalau korang dah beli,sila-sila lah comment di ruangan comment di bawah ye.Let’s see kalau kita punya review sama ke idok hehe.Jumpa lagi di next entry! Bye! 






No comments:

Post a Comment