Monday 19 August 2019

Resepi Mudah Bomboloni Viral



Resepi Mudah Bomboloni Viral




Assalamualaikum dan hai,hari ini saya nak kongsikan resepi mudah donut yang tengah viral dengan pelbagai perisa yang dinamakan sebagai bomboloni.Okay,ini merupakan cubaan
pertama saya dan alhamdulillah menjadi! Jadi saya nak kongsikan resepi bomboloni yang telah saya buat beberapa hari yang lepas. 




Bahan A:

1/2 susu segar 
2 sudu kecik yis kering (saya guna brand mauripan)


Bahan B:
2 cawan tepung gandum

1/2 sudu kecil garam
2 sudu besar majerin atau butter

1 sudu besar gula pasir

1 bji telur

*Gula castor atau icing sugar untuk tabur atas bomboloni yang dah siap.



Cara-cara:

1. Panaskan susu segar dan bancuh bersama yis kering sehingga sebati.Biarkan bancuhan tadi selama 10 minit untuk yis mengembang di dalam susu. Kalau susu tepung pun boleh je,bancuh pastu letakkan yeast kering seperti yang saya jelaskan tadi.

Saya guna yeast kering brand mauri-pan.


2. Gaulkan semua bahan B sambil diikuti dengan bahan A tadi (jangan tuang terus ke dalam adunan,tuang sedikit demi sedikit supaya sebati)

3. Uli sehingga rasa doh tidak melekat ke tangan.Jangan tambah tepung ye.

4. Setelah doh siap diuli,coverkan doh dengan wrapping plastic.Biarkan doh selama 40 minit sehingga doh naik mengembang 2 kali ganda dari bentuk asal.



Biarkan rehat selama 40 minit sehingga doh mengembang 2 kali ganda dari bentuk asal.Saya cover guna wrapping plastic.


5. Setelah 40 minit doh mengembang, rollerkan doh tadi sehingga nipis,dan terkap guna cawan atau apa-apa acuan yang boleh membentuk bulat.

6. Setelah habis tekap,biarkan selama 10 minit.Supaya doh lebih kembang.

Saya tekap guna cawan je,apa apa je asalkan dapat membentuk bulat macam ni ye,pastu jangan lupa untuk biarkan selama 10 minit supaya dia kembang macam ni.


7. Gorengkan doh tadi dengan api yang perlahan supaya tidak hangus.Jangan terus menerus terbalikkan yang digoreng.Tunggu sehingga satu bahagian sudah keperang perangan,selepas itu barulah terbalikkan ke satu bahagian lagi.Selepas itu boleh angkat terus dan biarkan sejuk sikit.

Doh yang dibiarkan selama 10 minit tadi dah digoreng dia jadi macam ni.


8. Buat lubang di tengah doh yang sudah siap digoreng tadi dengan gunting,lidi ,chopstick ataupun straw (ikut keselesaan anda.Saya guna gunting)

9. Isikan perisa mengikut kesukaan anda (saya guna perisa nutella dan beryls) ke dalam lubang tadi menggunakan piping bag. (Kalau takda piping bag,boleh guna plastik yang dilubangkan di hujung)

All time fav! saya guna perisa nutella dan beryls chocolate.Korang boleh cuba perisa lain seperti peanut,strawberry, kaya dan macam macam lagi! 


10. Setelah siap mengisi perisa tadi,bolehlah taburkan *gula castor ataupun icing dan siap untuk dimakan.



Comel pulak susun sebaris macam ni




Haaa,mudah kan? Bomboloni ni sedap dan sesuai untuk pelbagai event.Contohnya,saya guna bomboloni sebagai pengganti kek masa birthday surprise kawan saya hehe because birthday cake is too mainstream gitu hehe...

"Because birthday cake is too mainstream" haa kita guna bomboloni pulak ye.


Okay,saya harap resepi bomboloni yang saya kongsikan ini membantu korang diluar sana yang nak mencuba buat bomboloni ini.Kalau betul sukatan dan cara.InsyaAllah menjadi la tu.Selamat mencuba dan jumpa lagi next entry! Ching!


No comments:

Post a Comment