Kedai HiCaa Untuk Boba Lovers Kuching
Alamat : Block C iCom Square, Jalan Pending, 93450 Kuching
Masa Operasi : 9.00 pagi sehingga 11.30 malam
Cawangan HiCaa yang lain:
VivaCity Megamall,Ground FLoor (alfresso),Kuching,Sarawak
Jalan Marina 5, 98000 Miri, Sarawak
Ini merupakan salah satu spot gambar yang hot di kedai ini,dengan corak lampu neon bermotifkan Flamingo,menampakkan lagi aesthetic kedai tersebut
|
Hicaalicious...saya syak owner kedai ini adalah perempuan dan sangat menyukai dan minat dengan warna Pink seperti saya.Hehe
|
Di tengah-tengah kedai ini,anda dapat melihat sendiri mereka menyiapkan minuman anda. |
Neon light I was born to stand out dan dikelilingi cermin mebuatkan kedai ini nampak luas. |
Bagi ingin mencuba nasib, kedai ni pun ada claw machine,kalau bertuah,bolehla dapat hadiah dari kedai HiCaa ini. So far, kedai HiCaa ni best sangat untuk meluangkan masa sambil menikmati minuman-minuman boba drinks yang dijual di sini.Dengan penampilan kedai yang aesthetic dan insta worthy sangat sesuai untuk sesiapa yang meminati warna pink dan suka bergambar. Manakala dari segi minuman boba yang dijual, harga berpatutan dan pelbagai jenis perasa dan pilihan yang disediakan untuk dipilih pada menu.Untuk texture Pearl dia,atau nama lain,boba, texture dia sedap dan chewy dan warnanya tidak pucat,di mana kita nampak yang boba atau pearl yang digunakan adalah berkualiti. Okay,itu sahaja untuk entry saya pada hari ini.Semakin banyak kedai boba atau bubble tea dibuka sekitar Kuching ini,maka saya juga mengambil kesempatan ini untuk buat review tentang kedai boba baru di sekitar Kuching pada masa akan datang.Jumpa di next entry! Bye. Psst...Untuk sebarang info dan pertanyaan,boleh ke Facebook Hicaa by Hilxons21 . |
No comments:
Post a Comment