Monday 19 August 2019

REDPAPA Mart... Kedai Ala-ala Family Mart Pertama Di Kuching Sarawak




REDPAPA Mart.. Kedai Ala-ala Family Mart Pertama Di Kuching Sarawak




Tercari-cari dan craving oden di Family Mart? Haaa! Tak payah jauh jauh guna flight ke Family Mart, sebab... di Kuching sudah ada kedai baru ala ala Family Mart iaitu RedPapa Mart! Oden,Salad dan macam macam lagi anda boleh dapati di sini.Selain itu,kedai ini juga beroperasi 24 jam.Menarik kan? boleh lah lepak di sini kalau craving oden macam Family Mart punya tu.





Lokasi : 310, Jalan Satok, 93400 Kuching, Sarawak (Tepi 7Eleven Satok)

Masa Operasi : 24 Jam

Makanan higlighted di sini adalah Oden,Salad dan Jumbo and mini roll.




Oden yang fresh dimasak bersama kuah tomyam.Untuk harga pula,Oden starter bowl bermula dari RM3 dan add on RM2.Untuk Jumbo dan Mini roll pula,Jumbo roll Rm5.90 manakala Mini Roll Rm3.90 sahaja.Untuk oden sahaja,sudah pasti membuat kita befikir dua kali sebab semua sedap!.





Selain oden,Salad pun ada kat sini,yang diet dan tengah craving salad,boleh lah jenguk-jenguk ke RedPapa Mart ni ye hehe.Untuk harga salad pula, Bermula dari Rm5.90 untuk 200g pertama dan add on hanya Rm1.50 per 50 g.Pelbagai pilihan yang disediakan,seperti carrot,tomato,timun, dan macam macam lagi untuk anda “membuat” salad.


Oden yang dibeli dari RedPapa Mart.Nampak fresh! rasa pun sedap dengan kuah tomyam dia yang masih panas.Kuah dia fuhh pekat gitu.Pelbagai bentuk dan jenis,anda boleh pilih yang ada nak,dijamin puas hati dengan harga yang berpatutan dan mengenyangkan.



Sambil makan oden tu,boleh la lepak dulu di kedai RedPapa Mart ni,tak payah pening-pening fikir nak makan kat mana sebab meja dan kerusi disediakan untuk pelanggan di sini makan dan minum.Selain itu,tempat charge telefon bimbit pun ada disediakan.Kalau battery phone dah nak habis tu,boleh la singgah dulu ke RedPapa Mart sambil layan oden hehe!




Bukan setakat oden dan salad,barang- barang keperluan lain pun ada di sini.Tak payah pening kepala nak cari barang malam malam buta kalau kedai lain dah tutup.Hiks!



Kepada sesiapa yang belum menjejakkan kaki ke RedPapa Mart ni,bolehla datang dan merasai sendiri suasana kedai yang berkonsepkan seperti Family Mart yang famous di sebelah Semenanjung Malaysia.Sekarang dah tak perlu jauh jauh lagi dah kalau craving oden Family Mart sebab dah ada RedPapa Mart ni hihi.



Baiklah,itu sahaja yang hendak saya kongsikan pada entry kali ini,harap entry saya kali ini dapat membantu korang warga Kuching ataupun pelancong-pelancong yang datang bercuti di Kuching,yang ingin mencuba sesuatu yang baru.Jumpa lagi di next post! Sekian,Terima kasih.








No comments:

Post a Comment